Cakap sahaja pasal orang yang bekerja ‘offshore‘ sudah pasti ramai yang mula terbayang pekerjaan ini mempunyai cabaran dan risiko yang cukup tinggi berada di atas permukaan laut. Namun paling popular dibicarkan ialah pekerjaan ini mampu memberikan pulangan gaji yang lumayan.
Pasti anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana pengalaman sebenar bekerja di offshore.

Dalam satu perkongsian facebook, pemilik facebook berkenaan yang bernama Nabila Mohd Saifullah meluangkan masa berkongsi pengalamannya hidup sebagai seorang pekerja offshore.
Nabila ada berkongsi tentang pendapat dan pengalamannya sebagai seorang kontraktor wanita yang bertugas sudah lebih 3 tahun. Jom kita ikuti perkongsian Nabila.
Bertugas di offshote, banyak syarikat dengan tugas dan pangkat masing-masing. Sekiranya anda adalah klien, kebiasaanya tempoh bertugas adalah 2 minggu offshore. Macam saya sebagai kontraktor biasanya 42 hari maksimum tapi saya pernah cecah sehingga 60 hari offshore.
Mandi air karat ni menjadi normal. Dulu saya berambut panjang mengurai tapi lepas kerja ni terpaksa potong rambut pendek. Mana tidaknya , sampai sahaja waktu mob, saya akan singgah ke kedai rambut untuk membasuh rambut dan blow rambut, namun selepas 42 hari bekerja dan balik ke darat, rambut jadi kusut lain macam. Selepas keadaan itu berterusan saya buat keputusan potong sahaja rambut.
Walaupun di offshore makan 6 kali sehari, janganlah anda beranggapan bahawa anda akan dihidangkan makanan mewah 5 bintang, menunya biasa-biasa sahaja cukuplah sekadar makan yang boleh hilangkan lapar. Melainkan anda stay LQ client workboat atau rig kerana disitukan akan disajikan makanan yang sedap.
Ketika berada di offshore, anda akan menghadapi keadaan minum air masin sekali sekala dalam hidup sebagai pekerja offshore. Walaupun ada disediakan penapis air, namun masih ada rasa masin. Mahu tidak mahu terpaksa juga minum. Biasanya saya akan bawa beberapa botol air mineral dan kalau terpaksa barulah saya minta dengan klien, dapatlah bekal 2 hingga 3 botol.
Semasa bertugas, bawalah kudap-kudapan apabila anda disuruh mob. Makan tu memag disediakan tapi selalunya tiada kudapan disediakan. Jadi saya bawalah sendiri dan paling banyak sekali makan ialah kuaci. Masa nak makan kuaci tapi tiada pula, makan kami guna sistem barter.
Pack light kerana basuh baju dua kali sehari. Maka anda tidaklah perlu membawa pakaian yang banyak. Paling penting ialah stokin lebih banyak berlaku kes kehilangan stokin. Siapa bagitahu tak boleh pakai makeup atas laut? saya pakai sahaja siap dengan skincare routine setiap hari walaupun bermandi air karat.

Untuk pekerja wanita macam saya, akan disediakan bilik sendiri dan kebiasaanya saya akan bersihkan bilik sendiri dan tandas. Tiada jaringan rangkain apa-apa telco semasa berada di atas laut kecuali platform dekat dengan shore.. Kalau jauh memang tiada, yang mungkin ada cuma Celcom dan Maxis sahaja.
Wifi kami berkongsi secara beramai-ramai, sebab itu internet pastinya dapat akses yang perlahan. Nak muat turun filem atau apa-apa hiburan sebelum mob, sediakanlah awal-awal, barulah ada sesuatu untuk ditonton kerana biasanya TV dimonopoli oleh pakcik-pakcik. Hormatlah mereka yang lama ni.
Sampai masa nak balik ke darat, terpaksa menunggu next available fast crew boat FCB. Anda mesti buat tempahan dahulu, baru dibenarkan balik. Pastikan sudah ada crew yang akan bertugas melainkan anda hanyak balik 2 hari sahaja. Kes ini terjadi sekiranya tiada cc dan anda perlu set day jadi hari pertama semula. Permintaan client tak boleh tinggal lebih daripada 42 hari.

Semasa anda sampai ke kapal, semua akan tolong angkat barang, sampai masa demob , anda akan ditinggalkan dan kena angkat beg sendiri. Ini khusus untuk pekerja perempuan.
Tak susah pun sebenarnya kerja offshore ni, asalkan anda bukan dalam kategori nak video call 24 jam, asyik nak tengok astro, nak wifi laju dan makan dengan hidangan mewah. Kadang-kadang tu adalah penat terutama ketika golongan direct crew.
Perkongsian Nabila ini diharapkan dapat memberikan inspirasi bagi anda yang berminat menceburkan kerja offshore.