Demi menunaikan tanggunjawabm Muhamad Saiful 31 yang sedang menetap di Kampung Kok Lintang Gunung di sini sanggup membuat keputusan untuk berhenti kerja di sebuah syarikat membekal tenaga elektik. Ini kerana beliau ingin sentiasa berada di sisi isterinya tersayang kerana sudah tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri.
Saiful kini menjaga isterinya yang bernama Norfadila Che Par 30 yang sedang terlantar sakit selepas melahirkan anak sulong 3 tahun yang lalu.
Begitulah kasih seorang suami, walau apa jua ujian yang menimpa kini, tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lain atau mencari pengganti, tetapi Saiful sanggup terus menunggu sehingga isterinya kembali sihat. Saiful tekad untuk terus menjaganya selagi terdaya. Luah Muhamad Saiful Udin yang juga bapa anak seorang itu.
Berkongsi mengenai rutin hariannya, Saiful akan memandikan isteri, menukar lampin pakai buang serta perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
Saiful menceritakan pengalamannya, dia terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk menemani isterinya yang akan tidur selepas waktu subuh pada kebiasaanya.
“Isteri saya memang dalam keadaan baik sebelum dan semasa hamil, tetapi secara tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit semasa melahirkan anak secara caesar atau pembedahan. Separuh dari fungsi otaknya mạti kerana oksigen tidak sampai. Pada masa itu mujurlah doktor dapat menyelamatkan isterinya dengan keizinan Allah.
Berkongsi lebih lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana dia tinggal bersama keluarga mentua, jadi Saiful tidaklah rasa keseorangan untuk memantau Norfadila, namun keseluruhan tanggunjawab menjaga Norfadila itu diuruskan oleh Saiful.
“Selama empat bulan isteri saya koma dan Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya kesedihan yang saya tanggung pada masa itu dan kini saya bersyukur apabila dia telah sedar, walaupun kini isteri saya tidak boleh bercakap dan perlu membuat rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk proses pemantauan” Ujar Saiful.
“Rasa sedih sudah pasti ada kerana isteri menerima nasib begitu semasa melahirkan anak dan setahun selepas kami mendirikan rumah tangga”
Anaknya sulungnya itu bernama Muhammad Syahmi kini sudah berumur 3 tahun dan dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah sahaja.
“Saya juga pernah rasa hilang semangat untuk terutamanya semasa isteri sedang koma di hospital, bila saya melihat keadaanya yang dilihat sudah tiada peluang untuk sedar apalagi sembuh.
“Namun begitu, keluargalah yang banyak memberikan saya semangat dan kekuatan untuk saya terus cekal menjaga isteri sehinggalah kini, malah mereka juga turut membantu dari segi kewangan kerana saya sekarang tidak bekerja”.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat ada juga membantu dengan memberikan elaun sebanyak RM500 sebulan namun jumlah itu masih tidak mencukupi kerana jumlah perbelanjaan bulanan isteri boleh mencecah sehingga RM1500 dan perlukan lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan macam-macam lagi keperluan. Kongsi Saiful.
Saiful memberitahu doktor tidak beri jaminan atau jangkaan bilakah isterinya itu akan sembuh.
“Isteri saya mungkin sukar untuk sihat kembali macam dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari saya berdoa supaya Allah akan memberikannya kesembuhan dan keajaiban yang menjadi peluang kedua untuk saya.
“Sekurang-kuranya saya tidak akan rasa menyesal sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari.
“Saya tidak pernah rasa menyesal kerana berhenti kerja tiga tahun yang lalu untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada isteri, ia sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami yang perluu ada disisinya.
“Saya yakin, ujian ini pasti ada hikmah dan saya jadi redha dengan apa yang berlaku, susah mahupun senang, biarlah saya tanggung bersama” Kata Saiful yang masih membawa isterinya menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu Kelantan enam bulan sekali.
Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh Saiful ini cukup mulia dan sama-sama kita doakan supaya isterinya Norfadila segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang normal InsyaAllah.