Dalam islam, kebenaran berpoligami ada termaktub dalam al-quran dimana seorang lelaki muslim dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang isteri sekiranya mampu. Namun hukum poligami ini boleh berubah-ubah mengikut situasi samada harus, sunat, makruh atau haram.
Seorang yang sudah mempunyai isteri perlu memahami, bagaimana tuntutan sebenar dalam islam dalam kebenaran berpoligami. Ianya tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa memahami makna sebenar dan kenapa islam membenarkanya.
Akibat dari sikap tidak mempunyai ilmulah maka berlaku sesetengah lelaki yang cuba mengambil kesempatan dalam kelonggaran yang dibenarkan ini. Malah ia boleh jatuh haram sekiranya seorang lelaki itu tidak mampu memberi nafkah dan berlaku adil kepada kesemua isterinya.
Jika ini berlaku, mungkin akan mengundang kemudaratan kepada pihak lain.
Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dapat dilihat tidak memahami maksud sebenar poligami dalam islam. Hanya menggunakan alasan ingin ‘mengikut sunnah nabi’ tindakan lelaki ini telah menjadikan isteri pertamanya seperti tidak mempunyai harga diri.
Telah tular satu video di laman sosial yang menunjukkan tangkap layar di whatsApp, bagaimana sang suami ini memaklumkan niatnya kepada isteri untuk berkahwin seorang lagi dengan alasan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Namun apa yang menyedihkan, si lelaki ini tergamak meminta duit sumbangan untuk majlis nikahnya nanti.
“awak nak sponsor apa suami awak nikoh (nikah) ni? awak kan T20. Suami nak ikut syariat islam ni, nak halalkan perempuan secara sah, supaya dapat reda Allah” tulisnya pada perbualan tersebut.

Apa yang membuatkan kita tergamam, lelaki berkenaan sanggup minta duit dengan adik-beradiknya untuk memenuhi hasratnya untuk berpoligami.
Tanpa segan silu, dia menggunakan ayat quran untuk meluahkan hasratnya berpoligami dan berkongsi tangkap layar perbualannya dengan isteri dalam group whatsApp adik beradik dengan penuh bangga.
Walaupun adik beradiknya menegur supaya menjaga hati isteri, lelaki berkenaan tetap tiada rasa bersalah malah menggunakan dalil ayat quran dan hadis untuk mengukuhkan hujahnya.
“apabila nak halal, ini lah dugaan cabaran adik-beradik, orang yang paling rapat.
“sepatutnya adik beradik support lah, sebab sunnah poligami, dugaan bila nak amal islam”. tulis lelaki itu.
Isu itu telah menjadi hangat dan mendapat lebih 5200 tweet di twitter. Rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki berkenaan sebagai penunggang agama.
” sedap je petik sunnah nabi, tak sedar diri, nak pasang satu lagi bukan mintak tolong tapi ‘suruh’ adik beradik tanggung. Lepas tu dia boleh tanya “apa yang sakit hati isteri” sekolah ke tak dia ni?”
“sudahlah miskin, minta sponsor pula, ini belum tengok muka lagi ni, muka macam budu basi, ada hati nak kahwin, lepas itu ikut sunnah.
“tak mampu, buat cara tak mampu, harap wife minta fasakh la, buang je lelaki macam ni
Berikut adalah tangkap layar perbualan lelaki itu dalam group adik beradiknya.

Begitulah antara respon netizen terhadap isu yang tular itu. Dari kejadiaan ini, kita harus sedar, ada sesetengah mereka menggunakan agama untuk kepentingan peribadinya. Kita patut menilai dengan baik seseorang lelaki itu walaupun dia kelihatan alim dan banyak ilmu agama, belum tentu dia mempunyai ilmu untuk menjaga hati isterinya dengan baik.