Penyanyi senior Hattan telah menyelar tindakan seorang pendakwah bebas yang menjadi kontroversi beberapa hari ini.
Pendakwah tersebut yang kini sedang tular mengenai isu wanita bersalin perlu disambut doktor wanita, turut mengeluarkan kenyataan pelik mengenai beberapa topik lain.
Paling terkini pendakwah itu ada mengatakan bersalam dengan artis adalah perbuatan yang tidak layak malah boleh menyebabkan pelakunya hilang roh.
Dalam video berdurasi 2 minit itu, Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shahbudin berkata, anak seni ini juga ada agama dan hampir 90 peratus golongan artis di Malaysia sudah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji.

“bersalam dengan artis sampai hilang roh, hina benar artis ni dimata anda kan? main sedap mulut aje bercakap.
“awak ingat artis ni standard dia macam mana? ingat artis ni binatang ke? Najis mughalazah ke?
“kami ni jenis tak gemar nak menunjuk-nunjuk tapi 90 peratus artis ni semua dah sampai ke tanah suci Mekah untuk buat umrah atau buat haji” kata Hattan dalam perkongsian videonya di instagram.
Penyanyi lagu “Mahligai Syahdu” turut memaklumkan, beliau tidak mempunyai masalah dengan pendakwah tersebut tapi janganlah mengeluarkan penyataan yang membabi buta tanpa berfikiran rasional dan matang.
” nak tarbiah boleh, nak bagi nasihat tiada masalah, tapi tolonglah guna bahasa yang betul, kalau kes bersalam dengan wanita bukan muhrim batal wuduk, yang tu kita fahamlah.
“tapi sampai cakap bersalam dengan artis hilang roh macam hina sangat artis ni, bercakap tu kena fikirlah.
“ingat dahi lebam tu gerenti (dijamin) masuk syurga ke?, kata Hattan berkeras.
Penyanyi senior yang berusia 57 tahun itu turut menyentuh sedikit berkenaan isu membiarkan isteri bersalin dengan bantuan doktor lelaki seperti yang telah tular beberapa hari yang lalu.
Daripada isu ini, ia jelas menggambarkan pendakwa terbabit sering mengeluarkan penyataan yang kontroversi sehingga banyak menyinggung perasaan masyarakat tidak samada isu wanita bersalin dan beberapa isu lain.
Diharapkan pendakwah terbabit dapat menyampaikan dakwah dengan lebih rasional dan dapat diterima ramai,barulah misi dakwah itu sampai kepada sasaran.