Dalam bab mendidik anak-anak, sayangkan anak itu biarlah berpada-pada. Ilmu mendidik anak-anak tidak pernah habis dan perlu dicari demi untuk kebaikan anak kita. Dalam perkongsian kali ini, ada satu sikap Mak Ayah yang kadangkala anda kita tidak sedar akhirnya ia memberikan kesan tidak baik kepad anak kita suatu hari nanti.
Sikap tersebut adalah Mak Ayah yang terlalu ‘micromanage’ terhadap anak anak, sikap terlalu ‘melindungi’ anak ini haruslah dihentikan. Perbuatan kita yang terlalu prihatin dan serba serbi kita yang buatkan dalam rutin kehidupan anak membuatkan anak tidak pandai berdikasi dan semuanya mengharapkan mak ayah.
Dalam satu perkongsian oleh Individu bernama Mohd Fhais Halim telah mengupas isu ini.
Macam ini rupanya tanda kita terlalu ‘micromanage’ kepada anak.
- Tak boleh tengok anak susah sikit, cepat sahaja nak menolong “aduh kesiannya dia, meh ibu tolong anak ibu”
- Risaukan anak berlebih-lebihan ” eh jangan mainan ni, nanti masuk mulut, eh jangan panjat ,nanti jatuh, eh jangan berlari kat sini nanti tersadung”
- Sentiasa nak cepat,”nak tunggu adik masuk dalam kereta slow sangat, meh lah ayah dukung”
- Terlalu kasihan dan selalu tak sampai hati dengan anak, contohnya nak ajar anak potty train tapi bila tengok anak macam gelisah je, nampak macam susah nak buang air, terus fikir macam-macam karang sembelit pulak anak ni.
- Terlalu nak perfectionist sangat pun tak boleh jugak”tak comel la tulisan abang ni, cuba tulis semula” kadang tulisan tak comel tu lah anak jadi selesa dan happy belajar.
- Tak suka rumah jadi bersepah,”kakak nak main tu jangan sepah-sepah ya” bila kita menyuruh anak bermain tapi tak mahu bersepah ibarat kita suruh dia mandi tapi jangan basah. Tak kena langsung.
- Jadi obses dan nak anak jadi sama macam kita. ” Ibu dulu teror matematik, jadi adik pun kena pandai matematik”
- Tidak benarkan langsung anak buat silap atau gagal, suka betulkan kerja sekolah anak, anak tak habis buat pun lagi
- Cepat panik kalau anak menangis, mengamuk atau tantrum. Beri sahaja apa yang anak minta. Itu bermakna kita reward bad behaviour anak kita
Dalam kita tidak sedar, sikap kita yang terlalu micromanage ini boleh melemahkan self-manage anak-anak kita. Kesannya
- Nak berdikari lemah
- sikap autonomi lemah
- coping skill lemah
- self control lemah
Perbuatan kita ini seperti kita menjadi PA kepada anak-anak, semua aktiviti harian anak kita nak uruskan tanpa kita biarkan anak kita ‘survive’ lakukan sendiri. Kalau dirumah pun kita tak boleh ajar anak kita survive sendiri, bagaimana kalau anak kita sudah berada di dunia luar nanti. Dunia diluar tu lagi mencabar, ganas dan lebih membimbangkan kita nanti.
Jadinya, hentikanlah sikap micromanage ini sebelum terlewat!
Wallahualam
Kredit to: Mohd Fhais Halim
Nasihat ini perlu diambil oleh mak ayah dan kita mula tambah baik kaedah kita mendidik anak-anak. Mak ayah mana yang tidak sayangkan anak, namun untuk membuktikan kita sayang anak kita dan ingin anak kita berjaya di masa depan, cara kita mengatur kehidupan mereka harus diperbaiki supaya anak mampu menjadi insan yang boleh berdikari.