Siapa Yang Dilahirkan Pada Tahun 50an,60an,70an dan 80an Wajib Baca ni, Anda Beruntung!

Jika anda dilahirkan sekitar tahun bermula 50an,60an,70an dan 80 an, sebenarnya anda layak untuk bangga. Kerana generasi era ini dilihat sangat beruntung. Generasi inilah yang menjadi pemangkin kepada permulaan teknologi dan menjadi batu loncatan kepada masyarakat untuk bergerak lebih maju.

Penulis ingin berkongsi rasa, sekiranya anda adalah generasi ini, cubalah baca perkongsian ini sebagai seorang ‘aku’ yang gembira dengan zamannya.

Akulah sebenarnya generasi akhir yang pernah mendengar riuh rendahnya bunyi sebuah mesin taip. Kerana zaman ini, kita sedang menaip menggunakan keyboard malah lebih canggih lagi menggunakan smartphone tanpa sebarang bunyi. Kini semua hanya sentuhan, tapi bukan tekanan untuk setiap huruf yang ditaip.

Akulah juga generasi yang merakam lagu-lagu menggunakan tape recorder, tetapi kita sekarang juga sempat dengan zaman memuaturun lagu hanya menggunakan gadjet sahaja. Kalau dulu nak dapat satu lagiu untuk salin bukan main jenuh nak guna ‘infra red’

Jika dibandingkan dengan budak sekarang, akulah generasi yang bertubuh kuat dan sihat hasil dilatih dengan cara mandi sungai, memanjat pokok, buat lastik, bermain guli, main getah gerip. Inilah permainan zaman aku yang menjadi akrab pada ketika aku masih kecil. Seronoknya bila terkenang.

Tapi disaat anda membaca artikel ini, anda sudahpun berada dalam zaman permainan video dengan menggunakan gadjet di tangan. Lincah mata ,fokus bukan kepalang dengan tidak menghiraukan orang di sekeliling.

Aku adalah generasi yang terakhir apabila di zaman remajaku mempunyai geng, kami tidak perlu bertemu janji, tak perlu bersms tapi sentiasa boleh berkumpul ramai ramai menikmati malam minggu sepuas-puasnya.

Cukup dengan berjanji dengan hati, pasti kami akan tepatinya, asal jumpa sahaja , mesti riang gembira dan bergelak ketawa. Sekarang tergelak seorang diri bertemu kawan tetapi dalam group whatsApp.

Zaman aku dahulu, aku menikmati tenangnya dijalan raya, ramai orang tak punya kereta lagi zaman itu, maka tiadalah jammed yang luar biasa seperti hari ini. Bawa motor bersenang-senang tanpa memakai helmet di kepala.

Akulah generasi terakhir sekali pernah merasa seronoknya menikmati televisyen hitam putih dengan mudah untuk memindahkan saluran.

Dizaman aku, menanti surat dari abang posmen adalah saat luar biasa apabila tertunggu surat dari sahabat atau sang kekasih hati.

Paling ku tidak boleh lupa, zaman aku adalah generasi yang cukup sekadar membawa RM0.10 sen hingga RM0.50 sen ke sekolah. Aku boleh makan sampai kenyang di kantin sekolah.

Kenangan ini pasti membuat aku rindu,kadang mengalirkan air mata apabila mengenangkan saat itu ada insan yang kini sudah tiada. Mungkin sahabat, mungkin juga ibu bapa kita. Bersyukurlah kita kerana masih dikurniakan kehidupan sehingga ke hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top