Siapa yang tidak terkejut apabila secara tiba tiba Pak Belang atau Harimau tiba tiba muncul di tengah-tengah kesesakan orang ramai. Haiwan yang juga dipanggil kucing besar itu sudah pasti ditakuti oleh manusia yang terserempak secara berhadapan. Pak Belang ini bukan sahaja mempunyai saiz yang besar malah adalah haiwan karnivor yang boleh mengancam nyawa manusia.
Harimau ini akan mengaum terlebih dahulu sebelum ia menerkam mangsanya, suara ngaumannya cukup untuk buat manusia berasa gerun dan lari bertempiaran.
Itulah yang terjadi dalam satu rakaman tular ini, dimana seekor Pak Belang tiba-tiba muncul di tengah jalan dan kesesakan orang ramai. Harimau itu dikatakan muncul secara tiba-tiba dan tidak tahu datang dari mana.
Apa yang pasti, kawasan tersebut adalah kawasan berhutan yang dipenuhi kereta yang sedang sesak. Mungkinkah kereta sesak disitu kerana kesesakan lalulintas atau punca lain tidak dapat dipastikan.
Harimau yang muncul itu berada dalam keadaan tenang sahaja sambil berjalan menuju ke tengah jalan. Kelihatan ramai manusia disitu kelihatan panik dan lari bertempiaran menjauhi haiwan itu. Dalam video berkenaan juga ada seorang pakcik yang tidak berjaya melarikan diri dan jatuh tersungkur ditengah jalan namun pakcik itu tidak diapa-apakan oleh haiwan buas berkenaan.
Berikut adalah video rakaman yang tular tersebut.
Jom kita ketahui sedikit info mengenai haiwan harimau ini.
Harimau atau Pak Belang yang biasa disebut orang Melayu adalah binatang terbesar dalam kalangan 4 jenis spesis kucing. Harimau adalah haiwan pemangsa yang memakan daging termasuk daging manusia.
Ciri-ciri yang jelas dapat dilihat dari harimau ialah corak belang menegak yang berwarna hitam yang melapisi bulunya yang berwarna agak keputihan atau merah jingga.
Pak Belang dikenali sebagai haiwan yang suka bersendiri dan memerlukan habitat yang luar untuk menampung keperluan aktiviti memburu mangsanya.
Jika anda terserempak dengan Pak Belang ini, selagi dia tidak nampak anda, berlarilah sekuat hati, jika Harimau berkenaan sedang dalam keadaan kenyang, mungkin anda masih terselamat, namun jika dia sedang lapar, nyawa anda mungkin terancam.
Situasi ini perlu dilaporkan ke pihak Jabatan Perhilitan untuk membuat tindakan sewajarnya. Usaha ini bukan sahaja untuk melindungi keselamatan orang awam, tetapi juga ikhtiar untuk melindungi haiwan ini dari di ambang kepupusan. Sekiranya anda berjalan di mana-mana kawasan hutan, silalah berhati-hati kerana malang pastinya tidak berbau.