Antara barang berharga yang disukai wanita tidak lain dan tidak bukan adalah barang kemas dan permata. Ia bukan sahaja menjadi kegilaan sesetengah wanita malah ada yang menjadikannya koleksi sepanjang hidup. Ianya dianggap sebagai simbol kewanitaan dan kemewahan.
Barang perhiasan wanita ini juga boleh menjadikan seseorang wanita itu terus bertukar menjadi gembira daripada emosi yang tidak stabil sebelum itu. Begitulah kuasa barang kemas buat seorang wanita.
Oleh sebab inilah barang perhiasan ini menjadi antara barang yang menjadi hadiah buat wanita oleh kekasih atau suaminya. Namun, ianya bukanlah dimiliki oleh semua wanita khususnya mereka yang tidak mampu, kerana barang perhiasan mempunyai harga yang mencecah ribuan hingga puluhan ribu ringgit.
Berbeza pula yang berlaku kepada seorang wanita ini yang dikenalpasti berlaku di Eropah. Ceritanya bermula pada sekitar tahun 1980-an dahulu dimana, wanita mat salleh ini telah membeli cincin yang hanya berharga 10 Euro (RM48) sahaja. Beliau membeli cincin tersebut di satu jualan garage di tempatnya.
Wanita ini sangat sayangkan cincin ini, selalu memakainya dalam melakukan kerja harian. Masa berganti masa, 37 tahun lamanya wanita ini mengenakan cincin tersebut, tiba-tiba beliau tergerak hati untuk memeriksa nilai cincin dan ingin mengetahui berapakah harga semasa. Ketika itu ,sudah pun di tahun 2017 dan cincin yang dibelinya itu sudah berusia 3 dekad dari tarikh dibeli dulu.
Apa yang membuatkan wanita ini bertindak demikian kerana melihat bentuk cincinnya itu agak unik dan sangat luar biasa. Beliau beranggapan , mungkin cincinnya itu bernilai tinggi daripada harga yang dibelinya dahulu.
Terkejut selepas mengetahui harga semasanya sekarang, rupa-rupanya cincin yang dibelinya itu adalah berlian 26 karat dan disebut sebagai “The Tenner Diamond”.
Cincin itu juga telah mendapat pengesahan daripada pakar cincin tulen dan mendapati ianya adalah berlian 26.27 karat. Mengikut asal pembuatannya, cincin itu dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.
Mana tidak gembira dengan makluman tersebut, ianya pasti menjadi satu kejutan buat wanita ini. Selepas mendapat tahu nilai sebenarnya, wanita ini nekad untuk menjualnya. Cincin tersebut telah dibawa ke London untuk sesi pembidaan. Proses pembidaan berlangsung dengan sangat sengit, dan sesi bida membida itu berakhir dengan harga yang terjual bernilai 656,750 pound sterling atau dalam nilai ringgit RM3.750,795.
Nilai itu telah membuatkan wanita itu menjadi jutawan secara tiba-tiba. Pakar cincin juga percaya, cincin itu mempunyai sejarah yang luar biasa dan mungkin pernah dimiliki oleh keluarga diraja.
Berikut adalah video pendedahan berkenaan cincin tersebut:
Jika anda ada menyimpan barang-barang lama atau vintaj yang menjadi koleksi anda, kisah ini pasti akan menjadi satu inspirasi, setiap barang yang disimpan terutamanya barang lama mungkin bernilai tinggi, jika bernasib baik juga, nilai barang tersebut boleh mengubah kehidupan anda menjadi kaya secara tiba-tiba.