Hubungan istimewa antara si bulus dan tuannya berakhir.
Kini tiada lagi keletah mencuit hati dapat dilihat pengikut ‘pakcik’ bersama kucing kesayangannya, ‘Ciput khan’ di TikT0k sejak pemergiannya.
Mohd Roselan menḭnggal dunia kira-kira jam 11.20 pagi di rumahnya dekat Seksyen 19, akibat sɛrangan jantṳng.
Pemergian Mohd Roselan memberi kesan kepada followers bapa tiga anak itu yang sebelum ini ternanti-nanti video Allahyarham dengan kucing jantannya, Ciput Khan atau mesra dipanggil Ciput.
Anak sulungnya, Nur Marsya Raiza, yang kerap memṳat naik video Mohd Roselan dan Ciput mengakui terkejut dengan pemergian bapanya kerana tidak menunjukkan tanda kurang sihat sebelum meninggal dunia.
“Saya menetap di Kajang, Selangor dan ada pulang ke sini (Shah Alam) malam Sabtu lalu cuma tidak sempat jumpa ketika itu kerana ayah sudah tidur sebaik saya sampai… jadi tak nak mengganggunya.
“Pagi keesokannya, saya jenguk bilik ayah dan nampak dia masih tidur, namun tidak lama kemudian dengar jeritan adik daripada tingkat dua rumah memberitahu ayah tidak bernafas sebelum disahkan meninggẫl dunia.
“Kami sekeluarga terkejut kerana ayah sempat keluar dengan mama untuk mengerjakan solat Subuh di masjid sebelum meninggẫl dunia ,” katanya.
Mengimbas memori lalu, Nur Marsya Raiza berkata, dia mula memuat naik vidɛo keletah bapanya dan Ciput sejak dua tahun lalu iaitu ketika tempoh Pɛrintah Kawalan Pergɛrakan (PKP).
“Ketika PKP lalu, saya saja-saja muat naik video ayah dan Ciput (nama panggilan) tetapi tak sangka pula ramai yang suka.
“Ada juga pengikut minta tip bagaimana melatih kucing seperti yang ayah lakukan kerana suka melihat gelagat Ciput yang pandai dengar kata terutama apabila minta peluk, cium dan menari.
“Penerimaan baik pengikut itu yang mendorong saya rakam dan muat naik video spontan ayah dengan Ciput di TikTok.
“Boleh dikatakan, akan ada satu video saya muat naik dalam tempoh dua hari dan kerana itu ramai terkejut apabila saya maklumkan ayah sudah tiada,” katanya.
Menurut Nur Marsya Raiza, Ciput dipelihara sejak 10 tahun lalu dan amat manja dengan bapanya tetapi haiwan itu kelihatan seperti tidak keruan sejak kebelakangan ini.
“Sekarang mama dan kami semua yang jaga Ciput. Cuma bezanya sekarang tak ada orang layan dia macam ayah. Sejak kebelakangan ni Ciput nampak sedih. Dia diam saja tak ajak kami main.
“Sebelum ni ayah akan buka tingkap setiap kali nak pergi solat subuh di surau. Ciput akan duduk dekat situ tunggu ayah balik. Tapi sejak ayah tiada, Ciput seolah-olah tercari ayah dan ada pengikut minta saya lakukan apa yang ayah biasa dengan Ciput,” jelas Marsya.
“Nampaknya Ciput beri respon positif dan saya akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin kerana ketika ayah ada, dia terlalu sayangkan kucingnya itu.
“Kami reda walaupun agak sedih apabila ayah meninggẫl dunia sebelum sempat menyambut ulang tahun kelahirannya. (17 September).
“Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayah,” katẫnya.
– Al-fatihah