Baru-baru ini kita dikejutkan oleh perginya seorang pensyarah kanan yang sedang menyertai acara Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2022 yang lalu. Beliau di dapati tidak sempat berlari ke garisan penamat kerana rebah secara tiba-tiba dan terus pergi buat selamanya.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 10.20 pagi, beliau yang bernama Nik Mohd Faiz Ni Mohd Azmi 37 tahun itu ada diberi bantuan pernafasan oleh petugas Anggota Pertahanan Awam namun gagal diselamatkan.
Beliau adalah seorang pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi peserta larian ini.
Ramai yang tidak tahu kisah disebalik perginya pensyarah ini, namun isterinya telah mendedahkan satu peristiwa yang berlaku semasa arwah membuat larian.
Postingnya itu telah tular di media sosial facebook dan rata-rata cukup terharu dengan kisah arwah yang berlari sambil membawakan sejadah di pinggang.
Berikut adalah ciapan yang telah dimuat naik tersebut:
Berikut adalah kata-kata yang dikongsikan oleh pemilik nama facebook Sheeren Zulkefly
Kisah Sejadah
Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawakan sejadah viral tatkal pengumuman berita kematiạnnya, Allahuakbar
Sebenarnya gambar itu sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Dia berhenti sebentar untuk solat subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulilah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik sahaja masuk waktu.
Di Langkawi International Half Marathon 2022. Allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian. Beliau lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh. Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi “ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni dekat runners lain. Biar aku dapat pahala berterusan”
Selesai Syahmi solat subuh, Allahyarham suami pun memberikan sejadahnya kepada runner lain. “Abang pakai sejadah saya, lepastu abang passkan dekat orang seterusnya ye”
Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam boat Marin dalam perjalanan menuju ke Jetty Kuala Perlis bersama jenazah untuk dibuat postmortem di HSB Alor Setar.
Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala berterusan itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T Aamin Allahumma Aamin.
Begitulah perkongsian hiba isterinya Dr Sheereen di laman facebook. Posting tersebut telah mendapat lebih 300 komen yang rata-rata berkongsi kesedihan dan mendoakan kesejahteraan buat arwah.
Takziah Sheereen semoga beliau bersama mereka yang beramal soleh. Aamin
Hugs Dr. Shereen
Salam takziah Shereen, InsyaAllah niat yang baik, Allah bagi ganjaran yang besar
Moga roh bersama orang-orang yang soleh , solat tiang agama
Moga syurga untuknya
Salam takziah Shereen, may Allah place him amongst the highest in Jannah
Dalam makluman lain, semasa siasatan dijalankan , arwah didapati disahkan meninggạl dunia pada jam 10.30 pagi dan selepas ujian pengesanan Covid-19 dilakukan, arwah didapati negatif, jenazahnya telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. Beliau diklasifikasikan sebagai mạti mengejut.
Diharapkan kisah ini bukan sahaja membuatkan kita rasa terharu, tetapi sebagai peringatan buat kita yang masih hidup supaya sentiasa menjaga solat walau dimana kita berada. Solat adalah tiang agama yang harus kita pertahankan walau keadaan bagaimana sekalipun. Kita tidak boleh memberikan alasan halangan atas urusan dunia, kewajiban tanggungjawab sebagai hambanya wajib ditunaikan.