Ini adalah satu lagi kisah yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua tentang setiap manusia itu tidak dilahirkan sama dan keberuntungan yang sama.
Alang sudah bekerja sebagai tukang cuci sejak berumur 19 tahun lagi. Katanya, tiada istilah malu dalam diri wanita cekal ini.
Lebih mesra disapa Alang, wanita yang berasal dari Lanchang Pahang itu telah menceburi pekerjaan itu sejak berumur 19 tahun.
Menurut pemilik nama sebenar Noraini Hamzah 28 tahun ini, dia tidak pernah menyembunyikan tentang pekerjaannya, malah tetap merasa bangga apabila dapat memberikan khidmat serta bakti kepada masyarakat sebagai seorang tukang cuci.
“Perkara kedua, gaji pun Alhamdulilah mencukupi untuk kehidupan saya. Lagi satu saya sendiri tak pernah nak memilih kerja, saya terima jua seadanya.

“Setelah tamat persekolahan, saya terus bekerja sebagai seorang cleaner. Pertamanya , lokasi tempat saya bekerja sangat dekat dengan rumah.
Kata Alang, dia bertugas sebagai pekerja pembersihan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Temerloh sehinggalah tahun 2017.
“Saya cukup seronok bekerja sebagai tukang cuci. Di tempat kerja saya, saya juga dapat berpeluang bergaul dengan clear yang berusia. Walaupun muda, saya tetap boleh masuk dengan mereka” Kongsi Alang.
“Saya bekerja sebagai cleaner sejak dari tahun 2013 lagi sehinggalah tahun 2017. Selepas itu, saya bekerja pula di taska selama tiga tahun. Namun pada bulan November tahun lepas, saya buat keputusan untuk kembali bekerja sebagai seorang cleaner.
Dia yang menjadi tukang cuci kemudiannya telah berhenti kerja dan mencuba dalam bidang pekerjaan baru sebagai pengasuh di sebuah taska selama tiga tahun.
Alang baru sahaja menukar kerja baharu sebagai seorang pengasuh di taska.
Menurut Alang, dia tidak pernah merasa malu akan pekerjaany, sebaliknya saya penuh kesyukuran kerana dapat mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga.
“Kemudian kali ini saya dapat pula kerja sebagai pengasuh di taska sekali lagi. Rezeki saya asyik berpusing-pusing di tempat yang sama sahaja. Saya terima dengan nikmat rezeki ini, kongsi Alang.
Hanya satu pesanan saya, jangan pernah kita merasa malu dengan apa yang kita kerjakan.
“Semasa saya bekerja, ada juga pelajar yang bertanya adakah saya ada rasa malu bekerja sebagai seorang cleaner? saya kata saya tak pernah rasa malu.

Alang mendedahkan, dia pun sudah tiga tahun berkahwin, namun terpaksa berjauhan dengan suami kerana bekerja sebagai tukang masak di Ibu kota Kuala Lumpur.
“Suami saya bekerja di Kuala Lumpur. Jadi saya duduk sahaja di kampung bersama ibu dan dua orang adk. Saya duduk sini untuk tanggung ibu dan jaga dia dengan sebaiknya. Ayah pun dah takde 13 tahun yang lalu, ujar Noraini.
“Rezeki saya sudah di situ, saya tak mahu mencari musuh, tapi hany mencari rezeki untuk keluarga dan adik-adik, saya tak malu pun, bahkan saya suka”
Alang juga ada memuatnaik perkongsiannya di Tiktok. Kata Noraini/Alang dia hanya berkongsi suka-suka dan tidak menyangka pula banyak komen positif yang diterimanya oleh warganet.
Dalam masa yang sama, Alang yang juga anak keempat dari enam adik beradik turut terkejut apabila videonya di Tiktok telah viral yang bercerita mengenai kisah hidupnya.
“Saya terharu sangat ramai yang mendoakan saya. Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita.
“Awal-awal tu saya risau jugak kalau ada komen yang negatif, tapi alhamdulilah semuanya baik saja dan saya memang tak sangka saya cuma nak berkongsi video sahaja.
“Biarlah apa orang nak cakap, tak perlu malu kerana ini rezeki Allah, duit yang kita dapat pun bukan orang yang beri, tapi semuanya jalan rezeki dari Allah.
Dari perkongsian Alang ini, cukup untuk mengatakan wanita muda ini mempunyai jiwa yang kental dan tetap positif dikala ada mulut-mulut kecil yang boleh mengecilkan hatinya. Beliau tetap tabah dan meneruskan kehidupannya.