Sudah terserlah keajaiban tuhan, bayi yang lahir sudah mengenali ibunya walaupun baru beberapa ketika berada di dunia ini. Cukup dengan mendengar suara dan bau, seorang bayi sudah mampu mengecam ibunya yang sebenar dan akan mula bertenang selepas berada dalam dakapannya ibunya.
Namun bagaimana jika bayi itu dilahirkan pekak sejak lahir lagi, sudah pasti kita menjangkakan bayi itu tidak respon apa-apa jika ibunya bersuara, namun begitulah hebatnya tuhan menciptakan makhluknya, bayi yang dilahirkan pekak pun akan memberikan reaksi yang luar biasa setelah mendengar suara ibunya.
Tersenyum lebar selepas mendengar namanya dipanggil ibu, begitulah keadaan yang berlaku kepada bayi bernama Harrison Rex dalam satu rakaman video yang telah tular. Ketika usianya baru mencecah enam minggu. Mungkin saat inilah perkataan yang paling sesuai melihat respon seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran apabila mendengar suara ibunya buat kali pertama. Responnya pada ketika itu cukup bermakna pada bayi itu.
Dalam video yang telah dikongsikan itu, Marie ibunya memangggil nama anaknya itu, kemudian dapat dilihat reaksi keterujaan Harrion dan tersenym lebar.
Dari sumber Daily Mail, keluarga bayi itu mendapat makluman mengenai keadaan bayi itu semasa usianya baru 14 jam selepas dilahirkan. Pasangan Eisha Marie Stone dan suaminya Chris Rex dari Perth Australia telah berusaha sedaya upaya untuk mencari rawatan terbaik untuk anak mereka.
Akhirnya usaha mereka berhasil selepas bayinya itu telah menerima alat pendengar pertamanya pada usia enam minggu.
“Saya berusaha mencari bantuan untuk Harrison melalui google, dan facebook sehingga akhirnya berjama berjumpa dengan sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap iaitu Telethon Speech and Hearing. Pada usia Harrison 4 bulan, bayi itu mula menjalani proses terapi dan kini usianya sudah pun dua tahun. Harrison sudah mampu menghasilkan ayat dan bertutur seperti kanak-kanak yang sama umur dengannya. Kongsi portal itu.”
“Saya sama sekali tidak menyangka reaksi yang penuh emosi itu cukup menghibakan, ianya respon yang cukup besar dari seorang bayi yang hanya berusia enam minggu setengah” Kongsinya. Sejujurnya, saya masih dalam keadaan tidak dapat menerima kekurangannya, sehingga sekarang, kebahagian sebenar yang wujud dari si kecil ini adalah sebuah pengalaman yang menakjubkan.
Kisah ini cukup untuk memberikan suntikan semangat buat ibu bapa diluar sana sekiranya diuji dengan anak yang mengalami masalah tertentu. Sebagai ibu dan ayah, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan zuriat, ianya merupakan anugerah yang tiada nilainya. Sikap Marie dan Chris dalam berusaha harus dipuji kerana akhirnya, mereka menemui jalan penyelesaian demi memastikan anak mereka dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Namun sebagai seorang yang beragama islam, jika kita diuji sebegini, andai kata tiada jalan penyelesaian untuk merawat anak itu, kita sepatutnya redha dengan ketentuannya dalam masa yang sama tetap rasa bersyukur kepada dikurniakan zuriat untuk dibelai, disayangi dan penghibur ibu ayah. Sekiranya ada peluang untuk berikhtiar, usahalah semampu yang boleh, gunakan peluang dan teknologi yang ada pada hari ini untuk mencari alternatif yang terbaik. Tapi sekiranya gagal juga, kita terima jua qada dan qadar tuhan ke atas kita.