Jawab Soalan ‘Panas’ Makcik Bawang, Suara Gadis Ini Speaking Pula Jadi Perhatian. Terkedu Dengar

Sejak dari dulu lagi orang Melayu kita ini sudah terbiasa dengan budaya atau pemikiran mesti berkahwin awal dalam kalangan wanita

Khususnya makcik-makcik bawang yang sering menjadikan ianya bahan bualan, inilah yang selalu disebut. ‘Kita ni kalau boleh biarlah anak cepat-cepat kahwin, kalau lambat, nanti tak laku pulak’ katanya. Namun, mentaliti sebegini sebenarnya sudah tidak boleh dipakai lagi untuk diamalkan di zaman sekarang.

Realiti sebenar zaman kini bukan lagi sekadar perlukan rasa cinta dalam sesuatu hubunga,. Tetapi perlu mempunyai persediaan dari segi kewangan yang kukuh dan wajib untuk kenali dahulu pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Baru-baru ini tular satu video yang menampilkan seorang gadis yang telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu berkahwin awal ini. Apa yang uniknya, gadis ini menjawabnya dalam bahasa inggeris. Persoalan ini dijawab dengan cara ‘speaking’ yang akhirnya telah menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen kagum dengan cara gadis menjawab isu kahwin awal ini:

@venomousvio Child abuse, broken home, decreasing mental health, children with overexposed screentime, where did it all start? Jawab sendiri. #family #children #brokenhome #marriage #fyp #facts #future ♬ MoonSpeaks – Moon 🌕

Gadis ini meluahkan rasa tidak fahamnya kepada seseorang orang khususnya mak cik-mak cik yang suruh kahwin awal.

Melalui video yang telah dimuatnaik oleh akaun Tiktok bernama @venomousvio, gadis bijak pandai ini telah menyuarkan pendapatnya mengenai isu kahwin awal. Ianya merupakan soalan yang sering ditanya oleh orang-orang tua, terutamanya geng mak cik.

Bila melihat kepada video itu, ia bukan lagi soal isu itu, tetapi cara gadis ini menjawab dengan cara ‘speaking’ pula yang menjadi perhatian. Kelihatan gadis ini berbahasa inggeris dengan cukup fasih dengan gaya slang seperti mendengar gaya berbahasa inggeris di luar negara.

Ada juga yang menganggap gadis ini hanya membuat ‘lip sync’ sahaja, namun ternyata itu adalah suara sebenarnya dan memang diakui memiliki bakat yang baik dalam berbahasa inggeris.

Menjawab anggapan sesetengah netizen mengenai dia hanya menggunakan ‘lip sync’ kerana tidak percaya itu adalah suaranya. Gadis ini tampil menjawab persoalan netizen melalui video dibawah:

@venomousvio Replying to @alanjaa Sorry sempat record sikit ja. Yes it’s my voice and thank you so much for everyonr who likes it! #english #fyp #speak #babble ♬ original sound – Moon 🌕

“I will assume this was a video from the original English speaker, power gila! sedap suara! – Netizen

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 1.6 Juta views, 188.6 ribu likes dan 4.8 ribu shares di laman sosial Tiktok.

Melihat di ruangan komen, majoriti netizen yang respon menyatakan rasa terpegun terhadap suara gadis tersebut dan sangat bersetuju dengan pendapatnya mengenai isu kahwin awal yang sering ditanya oleh mak cik – mak cik ini.

Berikut adalah antara respon netizen yang meninggalkan komen:

dikk sedapp suara awak

ingatkan akak lipsync, muka akak sumpah macam muka budak

ntah le cakap.. dulu sebelom kahwin nak dapat kerja susah, gaji pun kecil, then bila dah kahwin, rezeki aku sendiri tak disangka, makin lama, makin bertambah

dah macam dengar suara omputih bercakap dalam kereta mengeluarkan pendapat mereka, sedap betul qalqalah inggeris diaa

the way my dad backlash my aunts is by saying “She dont like men, sampai hati ayah aku cakap macam tu hehehe

Your voice is sooo soothing and yes betul apa kak cakap

Weh sedap la dengar awak speaking

sedapnya suara

ur english sound eghhh make me simp

if i only hear the audio, i will assume this was a video from the original english speaker, power giler

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top