Dikala budak-budak lain sedang seronok bersama keluarga, duduk bersantai sambil menonton televisyen di rumah, ada budak-budak lain ketika ini sedap berpenat lelah demi mencari sedikit wang untuk menampung kehidupan.
Itulah gambaran yang boleh dimaksudkan apabila terlihat satu klip video yang tular ini. Jika anda mempunyai anak yang sedang bekerja sekarang ini ,apakah perasaan anda apabila melihat video ini, tentu anda tidak sanggup melihatnya bukan?.

Budak yang berusia anggaran 8-10 tahun sepatutnya sedang bermain di padang atau halaman rumah dengan rakan-rakan di waktu petang. Tetapi berbeza pula dengan budak lelaki ini.
Budak lelaki ini dikatakan bekerja di pasar dengan menolong mengangkat barang untuk dibawa ke kereta pelanggan. Namun apa yang lebih menyedihkan dalam video tersebut, budak lelaki ini mempunyai kekuatan yang terhad untuk mengangkat barang yang agak berat.
Dalam rakaman video yang tular itu, kelihatan budak lelaki ini agak sukar untuk mengangkat barang tersebut, namun apa yang lebih menyedihkan, pelanggan tersebut hanya bercekak pinggang membiarkan budak lelaki tersebut mengangkat barang yang berat itu keseorangan.
Identiti lelaki dan no plat kereta berkenaan tidak didedahkan demi menjaga privasi lelaki tersebut, namun rasa tidak puas hati perakam video dilihat jelas apabila mengatakan
“brooo, tak chill langsung la, ko dengan cekak pinggang, kau biarkan je budak tu angkat barang berat sorang-sorang yang kau shoping kat pasar, kau boleh tengok aje ehh”
“kau bagilah upah singgit ke apa, moga murah rezeki adik ni”
Berikut adalah rakaman video tersebut..
Video yang tular tersebut telah mendapat respon yang sama, rasa kecewa turut sama diluahkan oleh warganet.
“acah boss, kau takkan kaya pun”
“aku perempuan pun tak gamak suruh orang angkat barang aku”
“badan je sado tak boleh harap betol, takde hati perut kesian adik tu”
“siap cekak pinggang lagi, semakin hilang perikemanusiaan”
Pemilik video berkenaan yang dikenali sebagai Min Yasmin itu sangat kesal kerana pelanggan berkenaan tidak memberikan tip kepada budak lelaki tersebut yang bersusah payah mengangkat barangnya.
Kejadian ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa ,tetapi sebagai pengajaran kepada semua rakyat Malaysia supaya membawa sikap tolak ansur walau dimana anda berada. Sikap tolong menolong harus ditunjukkan oleh sesiapa sahaja walau anda adalah pelanggan, orang kaya, orang miskin atau apa jua pangkat anda.