Google Street View Bakal Ditamatkan, Para Pengguna Boleh Berpindah Ke Google Maps

Makluman terkini dari Google HQ, Syarikat Penyedia Search Engine Gergasi itu bakal menamatkan servis Google Street View berkuatkuasa 31 Mac 2023.

Google Street View adalah aplikasi yang disediakan oleh google untuk pengguna melihat jalan dari sudut 360. Ianya sangat membantu pengguna yang sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi kerana pengguna boleh melihat apakah bangunan disekitar kawasan tersebut dan bagaimana rupa jalan disitu.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memberikan sumbangan gambar 360 mereka sendiri. Namun ciri-ciri ini turut ada di aplikasi Google Maps bagi pengguna IOS dan Android.

Dari sumber laporan 9TOGoogle , masih tiada sebab sebenar mengapa aplikasi ini bakal ditutup namun, pihak google menyarankan para pengguna untuk menggunakan google maps untuk melihat jalan, serta menambah foto sfera.

Pengguna juga boleh menggunakan Platform street View Studio, disini pengguna boleh menghasilkan video 360 anda sendiri.

Sebelum ini, ramai yang tertanya tanya bagaimana google menghasilkan Google street view ini. Dalam video ini anda dapat saksikan bagaimana pihak google menghasilkan kemudahan ini dan hampir ke semua jalan boleh dilihat disini.

Walaupun Google Street View ini dilihat suatu kemudahan untuk melihat jalan,namun ianya juga dilihat boleh menganggu privasi sesetengah individu, oleh sebab itulah, pengguna juga dibenarkan untuk meminta pihak google mengaburkan bangunan mereka samada rumah atau kawasan peribadi mereka.

Jika anda belum maklum lagi bagaimana untuk mengubah privasi ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini

  1. Buka laman google map
  2. Anda tarik dan letakkan logo Pegman ( watak berwara kuning street view) untuk masuk akses ke fungsi street view.
  3. Cari semula gambar yang anda ingin kaburkan untuk melindungi privasi
  4. Di bahagian bawah sebelah kanan, ada butang “Report Inaapproriate Street View” kemudian tekan butang ‘Submit”.
  5. Selepas anda tekan butang “Submit” pihak google akan memproses permintaan anda. Anda juga akan menerima emel maklumbalas jika anda telah sertakan emel semasa membuat permintaan. Pihak google akan maklumkan melalui emel selepas gambar tersebut diubah mengikut permintaan anda.

Diharapkan dengan perkongsian ini akan memberi kemaskini maklumat kepada anda dan anda boleh mula beralih ke aplikasi Google Maps. Walaupun berita ini dilihat satu berita sedih kepada peminat yang suka menggunakan ‘Google Street View’, namun pasti akan datang kemaskini kemudahan yang lebih baik selepas ini. Jika anda sukakan info ini, jangan lupa share kepada rakan anda ya!.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top