Siapa sini suka main kutu? ramai orang suka buat aktiviti ini kerana bila sampai masa giliran anda, anda akan dapat pulangan wang yang banyak pada bulan tersebut. Mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Namun ada juga yang menjadi mangsa dari pengendali permainan yang tidak bertanggungjawab sehingga kena tipu. Hal ini menyebab peserta kutu berada dalam risiko.
Jika anda bermain dengan mereka yang sudah sedia ada dipercayai tiada masalah, itu adalah hak anda. Namun kali ini penulis ingin berkongsi satu kaedah dimana anda boleh bermain kutu secara sendirian. Malah ianya juga membantu anda untuk tingkatkan simpanan.
Dalam satu posting yang dikongsikan oleh Wan Aswani, beliau berkongsi satu tips bagaimana untuk menabung atau ‘bermain kut’ menggunakan akaun bank sendiri. Perkara asas yang perlu disediakan ialah, anda mesti mempunyai akaun Maybank terlebih dahulu.
Kalau sebelum ini, anda bermain kutu dengan manusia-manusia, kali ini apa kata anda bermain kutu dengan Pak Belang pula (Harimau).
Berikut adalah perkongsian beliau:
“Senang aje cara nak main kutu sorang-sorang dengan rimau ni. Paling penting awak kena ada acc Maybank dan mesti ada duit dalam tu. Tak banyak tidak mengapa, tapi at least ada lah transaksi duit masuk. Baru seronok nak main kutu, ye dak?
“Saya start awal tahun aritu,,Takdela main dalam jumlah yang banyak sangat, tapi at least adalah. Kang gawat, saya boleh guna. So far, saya dah ada tiga tabung. 2 tabung dah penuh. Ada satu tabung lagi insyAllah dipanjangkan umur, tahun depan boleh guna ikut matlamat. Eheee..
“Macam mana nak main? Mari saya tunjuk satu persatu, awak tengok aje step by step ni okay” tulis beliau di posting facebook beliau.
- Mula-mula, awak bukak m2u kat browser. Kat apps tak silap takde feature ni, so awak bukak ajelah kat browser. Nah saya siap bagi link, klik kat gambar je.
2. Next bila awak dah login, turun bawah sikit, dia ada tulis ‘Create Goal’. Awak klik dekat ‘Create Goal’ tu. Ha itu contoh saya punya. Alhamdulilah dah penuh. Tapi saya simpan dulu, tak keluarkan lagi. Saya simpan takdela banyak macam orang lain, tapi okay lah dari takde menyimpan langsung kan?
3. Tadaaa nanti dia keluar macam ni.
4. Next awak isilah, pilih kategori apa yang awak nak. Tak payah nak serius sangat, pilih aje apa-apa pun, ahaaaha.
Contoh, awak pilih kategori gift. Sebab awak niat nak hadiahkan mak awak gelang emeas. Awak pun tulislah nama goal awak tu. Misi pulut dakap dengan harap awak tak lupa niat asal awak tu.
Lepas awak isi komitmen. Yang ini awak boleh pilih nak menyimpan tu by monthly amount ke by duration. Nanti baca lah sendiri eh. Saya dalam bas ni, balik kampung. Susah sikit nak taip panjang-panjang.
5. Ha ni part last yang sangat menyeronokkan. Bila goal tu dah tercapai, awak dah boleh amik balik duit simpanan tu. So kalau awak buat goal nak beli pulut dakap, awak dah boleh keluarkan simpanan awak dalam tabung tu.
Cara dia, awak klik, dekat awak punya tabung tu the awak klik ‘Remove Goal’. Nanti saving dalam tabung awak tu akan ditransfer kea akaun awak balik. Terus jadi kaya raya dengan usaha sendiri, Yayyyy! senang kan? Selamat mencuba!
Kredit to: Wan Aswani
Diharapkan tips kali ini dapat membantu anda menyimpan duit dengan lebih sistematik. Paling penting ianya dapat membantu anda berdisiplin untuk menabung. Gunakanlah tips ‘main kutu’ sendiri ini untuk mencapai matlamat anda ya.