Jangan buat main-main dengan bahana gadjet sekarang ni, silap langkah, terlalai, boleh jadi kesan bahaya kepada anak kita. Anak-anak kecil sekarang ini cukup asyik dengan gadjet. Baru berusia 2-3 tahun pun sudah pandai bermain gadjet tanpa diajar. Kanak-kanak ini cukup pandai ‘explore’ sendiri.
Bila anak-anak kita ini sudah didedahkan dengan gadjet, mengadap hari-hari, mereka akan mula leka, duduk diam sorang-sorang sehingga berjam-jam lamanya. Kita sebagai ibu ayah menganggap anak kita baik, tak buat bising, terkawal, namun tanpa disedari perbuatan tersebut memberi kesan buruk kepada anak kita.

Satu perkongsian dari pemilik nama Puan Farhah Amir, anak beliau yang bernama Nur Aileen Faqeeha telah disahkan mengalami bell’s palsy kerana menghadapi tekanan kepada sarafnya. Puncanya adalah kerana terlalu lama mengadap gadjet.
Anaknya itu baru berusia 4 tahun dan selalu bermain gadjet dalam tempoh yang lama.
Bersyukur kerana peringatan dari Allah datang segera dan pantas.
‘my pretty baby, mama cried inside, pray for baby, dia ni tak macam abang Ariq, apa-apa pun tak bagitahu mama, indipendent konon, mungkin sehingga ke hari ni sudah 4 hari dia kena bell’s palsy.
Mama rasa bersalah sangat sebab terlalu sibuk bekerja, balik kerja, tinggalkan sahaja dia kat rumah dan bagi tab. Sebelum ada Aniq, kami biasa tidur bergelap. Bila lampu sudah ditutup, diorang dah faham maksudnya masa untuk tengok telefon atau tab sudah tamat. Mesti baca doa dan terus tidur. Alhamdulilah anak anak mama ni memang senang tidur kalau dah gelap.
Namun, bila Aniq ada, 1 lampu tandas akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama menghala kat lampu tersebut. Sehingga berterusan selama 4 bulan macam tu, akhirnya Allah nak tunjuk kuasaNya kali ini.

Allahuakbar, mama lupa yang selalu mama buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum korang tidur. Mama biarkan sahaja abang dan baby tidur sendiri. Mama biarkan abang dan baby mandi sendiri.
Syukur sebab Allah tegur lebih awal, semoga anak mama yang tersayang ini diberikan kesembuhan. Mama sedih sangat sebab macam-macam mama baca info di google, jadi mama harus kuat hadapi ujian ni.
Ada masalah radang pada salah satu saraf muka.
Selepas dibuat pemeriksaan dengan pakar paediatrik, doktor bagitau mama, nasib baik mama datang cepat. Ada sesetengah mak ayah sanggup bawa anak pergi mengurut sebab lebih percaya yang bell’s palsy ni umpama strok seperti orang dewasa.
Doktor bagitau, dalam masa 72 jam ,masih boleh diberi ubat dan masalah ini berpunca kerana ada radang di salah satu saraf di muka.
Mama ada tanya juga doktor, sebab berlaku ni sebab menonton tab dalam tempoh yang lama ke?
Doktor menjawab ianya bergantung kepada kanak-kanak tersebut. Tapi bell’s palsy ini berpunca dari saraf. Ia berpunca ada radang pada salah satu saraf di muka, meliputi kawasan belakang telinga dan depan telinga.

Bila radang ini berlaku,mata yang digunakan lebih masa dengan menghadap telefon atau tab menjadikan saraf menjadi stress. Dengan sebab itu, ia menyebabkan berlaku tekanan kepada saraf dan akhirnya menjadi radang.
Doktor juga memberikan nasihat untuk sentiasa berhati-hati dengan kecederaan anak kita terutamanya pada telinga dan muka. Buat masa sekarang, doktor berikan steroid untuk sebulan dan dirujuk kepada klinik pakar mata.
Selepas berjumpa dengan doktor mata, dah check mata, alhamdulilah doktor mata bagitau mata baby okay cuma dah nak kering. Doktor berikan dua jenis ubat iaitu cecair untuk drop/ titikkan di mata, satu lagi ubat jenis gel.
Beringatlah wahai ibu bapa sekalian. Kejadian yang tertimpa Aileen ini sudah pasti berpunca dari gadjet. Sekiranya ini tidak terjadi,mungkin kita akan terus leka membiarkan anak kita bermain gadjet tanpa pengawasan.
Semoga perkongsian Puan Farhah Amir ini menjadi teladan buat semua ibu bapa, sentiasalah berwaspada. Sentiasa pantau anak-anak kita, jika berlaku apa-apa perubahan kepada anak kita, segera bertindak mendapatkan rawatan di hospital.