Ibu bapa mana tak sayangkan anak jika difikirkan susah payah sepasang ibu membesarkan anak-anak. Itu semuanya kerana terlalu sayangkan anak dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Bila tiba sahaja hari lahir anak yang kita sayangi, mesti kita akan adakan sesuatu yang istimewa seperti memberikan hadiah, membeli kek, dan mengadakan majlis hari lahirnya secara beramai-ramai.
Itulah yang berlaku kepada keluarga ini. Niat ibu bapa ini hanya bergurau, namun tindakan anaknya ini membuatkan ibu bapa rasa tersilap.
Ini berikutan telah tular satu video melibatkan seorang budak lelaki ketika sedang menyambut hari lahirnya. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku diluar negara dimana, budak lelaki tersebut sedang meniup lilin pada kek hari jadinya. Dengan tiba-tiba, seorang perempuan yang dipercayai ibunya telah menolak kepala budak lelaki tersebut menghala kepada kek. Sehingga akhirnya kepalanya mengenai kek dengan agak kasar.
Memang diakui, ada sesetengah kita sekadar bergurau untuk menceriakan suasana, namun gurauan seperti ini kelihatan tidak boleh diterima oleh anak kecil ini. Selepas ibu budak lelaki ini bertindak menolak kepalanya, jelas budak lelaki tersebut bertindak agresif dan hilang kawalan. Budak itu terus marah akan tindakan wanita itu.
Kesal dengan apa yang berlaku, wanita tersebut cuba memujuk anaknya itu dan memeluknya, namun jelas, budak tersebut tidak dapat memaafkannya dan masih memarahinya. Apa yang terjadi? budak tersebut pula memukul ibunya dan mengamuk untuk menjatuhkan kek harijadinya.
Lihatlah apa yang sudah terjadi, gara gara hanya bergurau, hari yang bahagia sudah bertukar menjadi hari pahit buat budak lelaki tersebut.
Melihat diruangan komen, rata-rata warganet tidak setuju dan menunjukkan respon kemarahan terhadap wanita tersebut. Ianya adalah peringatan supaya kita sebagai ibu bapa tidak menjadikan amalan bergurau seperti itu sebagai perkara yang ringan. Perasaan anak kita perlu diambil serius.
“Please lah, jangan buat macam ni dekat anak, tak kelakar la malukan anak depan semua orang, budak ni tengah sambut hari jadi kot!”
Mana-mana anak pun pasti gembira bila disambut untuk majlis harijadinya, seorang anak inginkan yang terbaik untuk majlisnya, ingin diraikan dan bergembira. Janganlah kita sebagai ibu bapa membuat perkara yang boleh memalukannya.
Walaupun dia masih kanak-kanak, dia juga ada perasaan malu, jika kita sebagai ibu bapa tidak mampu melindungi anak kita dari malu, siapa lagi yang mampu.
Perbuatan tersebut bukan sahaja memalukannya anaknya, malah turut mengundang bahaya kerana, kadangkala ada kayu atau plastik dalam kek tersebut yang bertujuan menyokong kek. Tindakan tersebut mungkin boleh mengundang kecederaan kepada kanak-kanak lelaki tersebut.