Dalam kehidupan berumah tangga, perkara paling penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga adalah sifat tolak ansur. Ia adalah kunci untuk pasangan saling memahami antara satu sama lain dan tahu apa peranan masing-masing dalam kehidupaan berpasangan. Nak melayan hobi tidaklah salah, tapi perlu ada batasnya bila sudah hidup berpasangan.
Ia akan jadi satu malapetaka yang buruk jika sekiranya hobi yang diminati ini melampaui batas dan membuatkan seseorang itu leka dan lupa akan pasangannya. Inilah yang berlaku kepada satu pasangan suami isteri di Indonesia. Semuanya gara-gara cemburu kerana si suami terlalu leka dengan sesuatu.
Suami wanita ini mempunyai satu minat yang normal seperti orang lain iaitu membela ikan-ikan peliharaan iaitu ikan hiasan dalam akuarium. Jika dilihat kepada orang lain, ia adalah satu minat yang biasa sahaja, tiada salahnya, tidak nampak ianya akan menjadi punca pergolakan rumah tangga.
Namun buat pasangan ini, kerana leka dengan ikan hiasan yang melampau, isterinya semakin cemburu kerana merasakan dirinya kurang dipedulikan. Akibat hilang sabar, isterinya telah bertindak mengambil ikan peliharaan tersebut dan menggoreng semuanya sebanyak 80 ekor!.
Dalam satu video yang telah tular itu, ikan-ikan hiasan tersebut adalah sekumpulan ikan peliharaan yang mahal yang kelihatan masih berenang dalam akuarium.
Berikut adalah video yang tular tersebut.
Kata isterinya itu,
“Semuanya kerana ikan, ikan lagi. Apa-apa ikan, sebaiknya kita goreng saja ikannya? kan sedap, katanya..
Wanita tersebut terus bertindak mengambil ikan dalam akuarium itu dan terus masukkannya dalam kuali gorengan. Isterinya itu sudah pasti tahu, tentu suaminya itu akan marah dan terkejut dengan perbuatannya itu, namun wanita tersebut telah nekad untuk melakukannya kerana cemburu.
Kisah ini berlaku kerana wanita tersebut telah merancang untuk pergi ke mana-mana tempat tetapi akhirnya dibatalkan secara tiba-tiba. Wanita tersebut kecewa kerana suami lebih mementingkan ikan-ikan tersebut berbanding dirinya. Semua perancangan gagal disebabkan ikan.
Satu ketika itu, mereka juga ada merancang untuk membuat aktiviti ‘hiking’ tetapi suaminya itu maklumkan perlu pergi shopping, rupanya hanya pergi ke kedai ikan dan membeli lagi ikan hiasan baharu.
Selepas mendapat tahu akan perbuatan isteri menggoreng ikan-ikannya itu, suami tersebut terus merajuk kerana kehilangan 80 ekor ikan kesayangannya itu. Suaminya itu hanya menjawab sepatah-sepatah apabila ditanya.
Akhirnya selepas kejadian itu, suaminya itu secara perlahan-lahan kembali tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun kemaskini terbaru, suaminya telah membeli semula ikan baharu dan mula memasukkanya kembali dalam akuarium.