Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior Kamarul Yusoff atau lebih dikenali dengan nama watak Cik Man dalam filem ‘Rock OO’. Filem tersebut adalah antara karya yang telah menaikkan nama beliau di persada seni dengan wataknya yang bersahaja, lucu dan dengan gayanya yang tersendiri.

Baru-baru ini, telah tular di laman sosial gelagat beliau semasa meraikan kejayaan anak perempuannya Nur Najihah Kamarozaman yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) pada hari Jumaat yang lalu. Tertanya gelagat beliau telah mencuri perhatian warganet.
Apa yang menarik perhatian netizen, cara Kamarul beraksi semasa mengambil gambar bersama anakya adalah dengan cara membuat gaya watak Cik Man dalam filem ‘Rock OO’ itu. Gaya mencium tangan dengan kaki terjongket ke belakang sudah si nonim sebagai ‘trademark’ beliau. Rata-rata netizen geli hati dengan telatahnya itu.
Dalam gambar tersebut, Kamarul Yusof 64 tahun sedang memakai baju batik berwarna merah sambil menunjukkan pose ikoniknya dengan cara meletakkan tangan ke atas bibir dan dimuncungkan mulutnya semasa sesi fotografi Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.

Warganet yang geli hati dengan gambar tersebut ada menyatakan bahawa pelakon senior yang cukup popular dalam filem ‘Rock 00’ itu masih tidak boleh ‘move on’ dengan gaya ikonik itu sehinggakan gambar realiti bersama keluarga pun turut ‘dikorbankannya’.
Beliau yang juga popular dalam filem gila-gila remaja itu hanyalah sekadar bergurau dan dapat dilihat keluarganya tiada masalah dengan gayanya itu.
Najihah anaknya turut berkongsi kegembiraan di akaun instagramnya.
“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga”
“Gaya ayah lah yang paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya watak Cik Man”
Berikut adalah antara komen netizen yang merasa lucu dengan gaya Cik Man itu.
“Tahniah anak Cik Man, semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah”
“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini, Tahniah”
Dalam masa yang sama, Najihah 24 tahun itu melalui kapsyen gambar tersebut berkongsi, selain telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, Najihah juga telah berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).
Kongsi Najihah
” selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ni. Alhamdulilah dua sijil dalam tempoh belajar, Tauliah Suksis dan Ijazah Sarjana Muda” tulisnya pada ruangan kapsyen”.
Kamarul Yusof mula dikenali di persada seni lakonan ketika beliau membawakan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1985. Antara filem lain yang telah dijayakan oleh beliau ialah Rozana 1987, Castello 2006, Hantu Kak Limah Balik Rumah 2010, Rangkaian Filem Rock arahan Mamat Khalid dan banyak lagi.

Antara Drama lakonan beliau adalah bermula pada tahun 1991 dimana beliau muncul dalam drama bertajuk Berarak Memori Jingga yang disiarkan di TV1. Drama-drama lain ialah Isteriku Bukan Queen Control, Rumah Siti Khadijah 2019 dan yang terkini Nurlaila tahun 2022.
Beliau cukup terkenal dengan watak lakonannya yang tersendiri dan mempunyai trademark. Beliau sehingga kini masih muncul di kaca tv atau filem disebabkan gayanya yang lucu itu. Beliau juga pernah muncul dalam Maharajalawak Mega yang bergandingan dengan kumpulan Sepahtu, persembahan tersebut telah berjaya mencuri perhatian penonton dan mengakui beliau sememangnya mempunyai kehebatan dalam melawak.
Walau apa pun gayanya ketika bergambar, ianya hanyalah sekadar kenangan yang mencuit hati keluarganya sahaja, namun disebabkan beliau adalah pelakon yang cukup dikenali, netizen turut berkongsi kegembiraan dan geli hati tersebut setelah foto itu tersebar di media sosial.
Kita doakan supaya Kamarul Yusoff dan keluarga terus dikurniakan kemudahan, dimurahkan rezeki serta kesihatan berterusan.