Telah tular di media sosial mengenai keadaan terkini bekas vokalis kumpulan Wings, Mel kini sedang buntu dan mengakui beliau berada dalam kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
Beliau kini diuji dengan ujian tanpa henti. Pada tahun 2014 beliau telah diuji dengan penyakit angin ahmar, kesan dari pandemik covid-19, ia ternyata telah menjejaskan pendapatannya sejak setahun yang lalu. Tanpa siapa menyangka, Mel Wings kini semakin sukar untuk meneruskan hidup.
“kalau nak cakap diri saya ni susah, saya yakin ramai lagi di luar sana lebih susah. Golongan dalam industri seni macam saya ni memang tidak terkecuali, mungkin sesetengah tu segan untuk tampil ke hadapan.
Tetapi pemilik nama penuh Ismail Zainuddin 56 tahun ini belum lagi di peringkat akan mengibarkan bendera putih di depan rumah untuk meminta pertolongan. Pertolongan tetap diperolehi tetapi dari pihak yang tahu dia sedang susah.
“Pandemik covid-19 telah menguji kehidupan Mel dengan begitu hebat. Nak berceramah dan menyanyi pun sudah tak boleh lagi. Pendapatan sudah terputus.
“Saya sebagai manusia yang biasa, hanya mampu mengadu pada Tuhan” kongsinya kepada BHOnline.
Sejak 10 tahun yang lalu, Mel telah melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dan terus bergantung dengan pendapatan dengan dunia muzik.
Anak Sulung Sebagai Pengganti Legasi
Walaupun begitu, Mel bersyukur kerana masih ada insan prihatin yang hadir untuk memberikan bantuan.
Anak sulung Mel, Ewal adalah generasi beliau untuk meneruskan legasi industri seni bergelar penyanyi. Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail pernah meraih kedudukan ketiga dalam program realiti Akademi Fantasia 2014 dan kini menjadi vokalis utama kumpulan Kristal.
“Apa yang ada depan mata sekarang, sekadar cukup makan. Bolehlah buat beli susu untuk cucu. Kos beli ubat pun ada yang mahal, kongsi Mel.
“Tapi ada rezeki yang datang hasil dari pertolongan mereka yang baik hati. Apa yang saya dapat dari bantuan itu saya bersyukur sangat.
Beri 10 sen pun saya tetap terima dengan hati terbuka.
Bapa kepada dua orang anak ini turut mengaku, bahawa dirinya merasa segan tentang kepayahan yang ditanggung ini semakin berlarutan.
“Selepas berlakunya keadaan ini, saya dan isteri mengajar mereka tinggal bersama-sama di Bukit Jalil. Saya pun tak mahu susahkan Ewal yang turut sama terkesan dengan penularan Covid-19, dia pula bakal berkahwin hujung tahun ini. Kongsi Mel.
“Kalau ada yang boleh sumbang 10 sen pun saya sanggup terima dengan hati terbuka. Menantu saya telah dibuang kerja kerana pandemik. Anak perempuan saya juga tidak bekerja. Mereka ni ada dua anak.
Berkongsi tentang penyakit angin ahmar yang dihidapinya, Mel berkata, walaupun saya sudah pulih dua tahun yang lalu, dari segi percakapan saya masih perlahan.
“Nak berjalan pun ada masanya terhuyung-hayang. Saya pun tak tahu sampai sekarang puncanya, degupan jantung saya macam dah tak normal.
“Saya pun jenis yang tak suka tunjuk saya tak sihat. Sebab tu nampak macam saya ni sihat sahaja. Hakikatnya, saya ini menahan sakit. Kalau berkesempatan, saya juga ambil masa untuk banyakkan berjalan kaki di kawasan sekitar rumah. Konsgi Mel lagi.
Mel mengatakan bahawa, semasa dia diserang angin ahmar, wang simpanan saya turut dihabiskan untuk perbelanjaan rawatan.
“Saya dah berhabis RM15,000 untuk rawat angin ahmar saya. Bukan hanya menggunakan rawatan moden, kaedah tradisional pun saya ikhtiar di banyak tempat” katanya.
Mel walaubagaimana percaya, ujian ini adalah penghapus dosa.
” Tapi, jangan cakap kita tiada dosa, kita ni masih berdosa. Saya sendiri pun banyak dosa. Kemunculan pandemik covid-19 ini sebagai tanda untuk kita berubah.
“Dulu masa saya sakit, saya merangkak dari bilik tidur ke bilik air. Nak betulkan kedudukan getah paip air pun sampai ambil masa 30 minit, itu belum mandi lagi” katanya
Mel yang telah berkahwin dengan isterinya yang bernama Rose Maini Othman itu menambah lagi, dia masih menjalankan pemeriksaan berkala di Hospital Putrajaya.
“Dalam dua bulan sekali, saya akan buat pemeriksaan termasuk kandungan darah di Hospital.” kata Mel
Apabila ditanya, adakah dia ada membuat permohonan bantuan pusat zakat atau pejabat Baitulmal, Mel sendiri membuat pengakuan ada memohon namun masih menunggu keputusan kelulusan.
Dalam kariernya sebagai penyanyi, Mel pernah terkenal dengan lagu ‘Semalam Yang Hangat’ dan pernah mengangkat nama kumpulan Wings di persada seni muzik melalui album yang bertajuk ‘Orang Asing’.