Budaya kekasaran yang telah dilakukan oleh senior atau pegawai yang lebih berpangkat tinggi dalam kem tentɛra sentiasa ‘dihalalkan’ dengan alasan untuk melatih anak buah junior supaya berjiwa kental dan kuat pɛrtahanan mɛntal. Ianya adalah satu realiti yang pahit tetapi sememangnya benar dan telah menyelubungi kehidupan seorang pelatih tentɛra junior yang bernama Serda Sahat Anugerah Sitorus.
Serda sering dibantai dengan objek tumpul.
Kerana sering dibantai oleh pasukan tɛntera yang lebih senior dengan menggunakan objek tumpul, Serda terpaksa menanggung penderitaan sebelum pergi buat selama-lamanya. Berkisar dari cerita awal, askar muda yang berusia 19 tahun itu telah ditempatkan di kem setelah berjaya lulus dalam kursus khas selama 6 bulan.
Ketika proses orientasi dijalankan, arwah sering dikasari bermula dari 8 Novemer 2018 sehinggakan pihak medical mengesahkan keadaan Serda cukup teruk. Arwah diperlakukan tanpa belas kasihan, walaupun tercedera, Serda tetap dipaksa untuk menjalani latihan di lapangan. Ketika latihan, pembuli ini turut menolak Serda masuk ke dalam tali air dengan tiba-tiba.
“baru kali pertama dibuli, Serda sudah dibawa masuk ambulans untuk rawatan seterusnya, namun anggota senior ini menghalang dan disuruh turun. Keesokannya kerana ditolak masuk dalam tali air, paru-paru Serda dipenuhi lumpur. Melihat keadaan askar muda itu tidak sedarkan diri, Serda segera dihantar ke pusat rawatan. 2 hari kemudian, Serda telah mengakhiri hayatnya di pangkuan ibu”
Pihak keluarga menuntut keadilan ke atas arwah walaupun 4 tahun Serda telah ‘pergi’.
Apabila melihat kesan lebam di tubuh arwah, pihak keluarga mula merasa curiga. Selepas siasatan dijalankan, keputusan siasatan telah berjaya memenjarakan 2 orang tertuduh dan mereka telah dipecat dari anggota serta-merta. Namun ibu arwah masih tidak berpuas hati kerana seorang lagi masih terlepas dan sedang memegang jawatan tetap sebagai seorang pegawai tɛntera. Selepas 4 tahun menuntut keadilan ke atas anaknya, wanita tersebut telah melakukan protes sambil menangis dan sangat berharap pihak berkuasa tertinggi mendengari keluhan ibu dan keluarganya.
Hanya mengadu 2 kali, kemudian berhenti mengeluh kerana bapa cuba kuatkan semangat.
Ketika Serda baru ditempatkan di kem itu, baru sahaja 4 hari, Serda pernah meminjam telefon senior lain untuk menghubungi ibunya. Serda dalam keadaan menangis, dan mengadu tidak tahan kerana sering dikasari setiap malam.
Serda merayu untuk dipindahkan ke kem lain, walaupun begitu, ayah Serda tetap memberikan semangat dan memintanya terus kuat dan sempat memberi pesanan “jangan cengeng”. Namun tiada siapa yang menyangka, budaya ragging yang menjadi amalan normal dalam dunia ketɛnteraan akhirnya meragut nyawa Serda dan pergi buat selama-lamanya.
Kisah benar dalam realiti kehidupan ketentɛraan ini harus dikaji semula dan pihak yang bertanggungjawab wajar membuat pemantauan, kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada anggota muda tentɛra yang lain.
Kita percaya dan yakin, pasukan Angkatan Tentɛra Malaysia adalah sebuah badan beruniform yang bertugas menjadi benteng pɛrtahanan utama negara untuk melindungi kita dari diancam musuh. Kredibiliti ini sememangnya tidak akan dinafikan, namun pepatah ada mengatakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, dan inilah menyebabkan ia membawa nama yang tidak baik kepada anggota tentɛra seluruhnya.
Sudah diketahui, latihan yang keras dan kasar bertujuan untuk melatih tɛntera mempunyai jiwa yang kental, namun harus dikajinya semula, dimanakah batasnya dalam budaya ragging ini, adakah ada had tertentu atau terus diperlakukan tanpa belas kasihan atas nama ‘latihan’.
Sama-sama kita doakan buat keluarga Serda khususnya ibu untuk terus tabah dan dapat meneruskan perjuangan membela hak Serda sehingga ke muka pengadilan. Kejadian ini juga sebagai peringatan untuk kita bahawa sekiranya anak mengadu, janganlah kita ambil mudah dengan memberi semangat sahaja, namun harus diambil serius jika ianya dibimbangi boleh mengancam keselamatan buat anak kesayangan.