Nama Aida Khalida atau dikenali juga dahulu sebagai Aida Rahim sememangnya tidak asing lagi dalam dunia industri seni tanah air. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia seni sejak berpuluh tahun dahulu, beliau kini sudah dianggap pelakon veteran dan masih menerima tawaran lakonan sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu, beliau kini sudah berusia lewat 60-an namun namanya dipersada seni tetap bergemerlapan.
Beliau kini sering membawakan watak ibu, Aida khalida atau nama sebenar beliau Khalidad Adibah Ahmad telah berusia 65 tahun. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang cukup berdisiplin. Beliau bukan sahaja bergelar ibu kepada dua orang anak tetapi sudah pun bergelar seorang nenek, beliau kini dikurniakan 5 orang cucu hasil perkahwinan anak-anaknya.
Walaupun kini beliau hanya hidup sebagai solo, beliau tidak menganggap ianya sebagai satu kekurangan dalam kehidupan seharian, beliau bukan sahaja mengisi masanya di set penggambaran,tetapi sekiranya beliau tidak ada jadual ‘shooting’ , aktres berpengalaman ini banyak meluangkan masa untuk membaca Al-Quran dan menghadiri majlis ilmu.
Beliau telah melakukan penghijrahan ke arah kebaikan bermula pada tahun 2008, ianya telah banyak mengubah gaya hidupnya kini. Walaupun beliau sudah berusia 65 tahun, keanggunannya sebagai seorang wanita tetap terserlah dan ternyata beliau mempunyai kecantikan pada kelasnya yang tersendiri. Beliau tidak melakukan sebarang pembedahan atau suntikan untuk kekal awet muda.
Walaupun kedutan pada wajahnya sudah kelihatan, aura persona serta karisma yang ada pada dirinya tidak pernah luntur. Beliau turut ditanya mengenai amalan kecantikan, dalam sebuah portal perkongsian ada mendedahkan beliau sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“saya memang kurangkan makan, kadang-kadang tu berselera, cumanya saya pastikan untuk makan dalam ‘portion’ yang kecil, nasi dalam kurang satu senduk sahaja dan akan makan secara berulang (bila lapar).
“saya juga memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tambahan lagi setiap kali selepas makan, saya juga amalkan minuman detoks. Saya amal dua sudu besar apple rider yang dicampur dalam segelar air”.
Meniti usianya kini, beliau turut meluangkan masa untuk melakukan senaman seperti ‘sit up’ dan ‘push up’ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kadangkala beliau akan lakukan ‘brish walk’ untuk menjaga stamina dan kecergasan tubuh badan.
Aida Khalida cukup terkenal pada zaman kegemilangan di era tahun 1990-an. Beliau telah beberapa kali menukar nama komersialnya, pada tahun 1980-an beliau memulakan kariernya sebagai pelakon dengan menggunakan nama Aida Rahim, kemudian selepas berpisah dengan suaminya pada tahun 2003, beliau menukarnya kali kedua dengan nama Aida Radzwill selepas berkahwin dengan Joe Radzwill. Kemudian akhirnya beliau menggunakan nama sendiri iaitu Aida Khalida selepas berpisah dengan Joe.
Antara filem lakonan beliau yang popular ialah Rimba malam 1992, Sembilu 1994, Getaran 2001, Langit Cinta 2016 dan Pulang tahun 2018. Beliau banyak menjayakan drama bermula tahun 1993 lagi dalam drama Hawa yang ditayangkan di TV1 dan sehingga kini sudah 48 Drama telah dijayakan oleh beliau. Drama beliau yang terkini ialah Terima Kasih Cinta yang memegang watak sebagai Ummi. Drama ini disiarkan di TV3.
Perkongsian Aida Khalida ini merupakan tip yang cukup baik untuk kita amalkan, dalam kita meniti usia yang semakin meningkat, kesedaran menjaga kesihatan ini perlu kita jadikan tabiat sejak dari muda lagi dan ini merupakan satu ikhtiar yang telah terbukti untuk memelihara kesihatan kita kekal sihat untuk jangka masa panjang.
Kita doakan buat Aida Khalida untuk terus ‘gergeous’ dan kekal sihat sepanjang zaman dan terus berjaya dalam karier yang diceburinya.