Dalam peruntukan undang-undang pemilikan tanah, sesuatu pemilikan harus mempunyai keizinan dan geran tanah yang sah dan telus. Hal ini sangat penting bagi memastikan sesebuah keluarga itu dapat tinggal dengan tenang tanpa rasa diancam.
Baru-baru ini telah tular di media sosial satu video mengenai satu kejadian yang amat memilukan terjadi kepada sebuah keluarga, hal ini kerana rumah mereka terpaksa dirobohkan gara-gara masalah teknikal dalam pemilikan tanah.

Sudah bertahun-tahun tinggal di rumah itu, tiba-tiba terpaksa dikosongkan dan dirobohkan.
Melalui video yang telah dikongsikan laman tiktok bernama @bulat_legends, dapat diperhatikan suasana sedih menyelubungi seorang mak cik apabila rumah miliknya terpaksa dirobohkan dan semua barang-barang rumah perlu dikeluarkan.
Membaca di ruangan kapsyen posting, dia menjelaskan, kawasan yang diduduki tersebut adalah tanah Lesen Kependudukan Sementara (LPS) yang mana pemilik yang tinggal disitu sepatutnya tidak dibenarkan membina rumah, hal yang demikian kerana tanah tersebut adalah milik kerajaan.
Dalam video yang telah dimuatnaik itu, dapat menyerlahlah lagi kepiluan kejadian itu apabila kelihatan mak cik itu sangat sedih melihat jengkaut merobohkan rumah pusaranya.
Hiba apabila menonton video yang telah tular ini:
@bulat_legends setelah hampir brp puluh tahun duduk, dah mohon dgn pjbt tanah utk TOL, akhirnya yang bduit dapat geran dulu, sebab ade yang tidak amanah ‘ orang kampung jugak tade orang lain … #sprm #pdrm ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa kesedihan apabila menonton video ini.
macam manalah perasaan driver jengkaut time ni
mmg la tanah tol, tapi tak boleh ke di pertimbangkan, cuma lot untuk rumah saja, kaki persegi bukan nak tegakkan benang yang basah
Allahu sedihnya
kejam sungguh manusia akhir zaman, dah berpuluh tahun duduk situ apa salahnye kalau diberi geran untuk duduk disitu
Ya Allah, permudahkanlah urusan makcik ni sekeluarga amin

Video berkenaan telah mendapat tontonan 2.3 Juta, 117.5 ribu tanda suka dan 9.2 ribu komen.
Boleh dikatakan seluruh warga netizen menyampaikan rasa duka cita diruangan komen dan simpati ke atas nasib yang menimpa makcik itu.
Namun dalam masa yang sama, ada juga komen yang membincangkan soal kenapa pihak berkuasa merobohkan rumah berkenaan.
Sebelum kerajaan roboh, biasa diorang dah bagi notis kosongkan, tapi tuan rumah berkeras taknak keluar, tu yang jadi macam ni
Kalau bukan hak kita tetap bukan satu hari orang akan tuntut
Payah kalau duduk atas tanah bukan milik kita, tak kira la duduk 100 tahun sekali pun, kalau dah dia kata dia taknak, dia tak pikir dah, kita takleh buat apa, bukan hak kita.
Makluman dari posting ini, status tanah berkenaan ialah disebut sebagai Lesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupation License (TOL), jika dirujuk kepad undang-undang dalam Seksyen 68 Kanun Tanah Negara, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau (TOL) ini tidak boleh dipindahmilik atau bertukar pemilik.
Tanah tanah berstatus LPS ini hanya melibatkan tanah kerajaan, tanah lombong yang tidak lagi digunakan bagi maksud perlombongan dan tanah rezab yang tidak lagi digunakan.
Atas sebab undang-undang, kita terpaksa menyaksikan kesedihan ini menimpa buat keluarga makcik ini. Tidak dapat dipastikan bagaimana sejarah perpindahan keluarga ini sejak 40 tahun yang lalu, namun jika ianya berlaku kepada keluarga kita terhadap rumah yang dianggap rumah pusaka, pastinya ia menjadi tragedi yang sangat menyedihkan.
Sama-sama kita doakan buat makcik ini supaya dipermudahkan urusan dan ada pihak yang bertanggungjawab memberikan penempatan baru buat makcik ini sekeluarga.