Telatah si kucing memang tidak pernah mengecewakan. Ada sahaja gelagatnya yang membuatkan kita rasa tergelak ketawa. Kucing sememangnya sudah diciptakan untuk menjadi sahabat kepada manusia. Sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, kita banyak mendengar kisah-kisah menarik mengenai kucing.
Namun tidak dinafikan, adakalanya sesetengah kucing ini datang dengan sikap liarnya yang menyusahkan kita, sikapnya yang suka kencing atau berak merata itulah kadangkala kita sering rasa ingin marah dan menjadi sebab untuk kita tidak memelihara haiwan ini.
Sesetengah kucing lagi pula boleh dilatih dan menjadi haiwan indoor yang akan berak dan kencing dalam bekas yang disediakan, oleh sebab itulah ada yang sanggup untuk melaburkan wang setiap bulan untuk menyediakan kelengkapanya untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, dan haiwan tersebut boleh menjadi peneman di dalam rumah.
Baru-baru ini telah tular satu video di laman tiktok tentang seekor kucing Oyen yang telah membawa anaknya yang masih baru lahir beberapa hari. Apa yang mencuit hati dalam video tersebut dia membawa anaknya itu di sebelah bayi manusia yang baru lahir juga. Tindakan si Oyen ini seakan-akan ingin mengumpulkan kesemua anaknya di tempat bayi itu tidur.

Video tersebut telah mendapat tontonan lebih sejuta penonton di tiktok, dan turut mendapat 370,000 tanda suka dan 4000 lebih komen. Menunjukkan tindakan si Oyen ini telah mencuit hati rakyat Malaysia terutamanya para pencinta kucing.
Kebiasaan yang kita lihat, kucing ini akan menyembunyikan anaknya yang baru lahir untuk tujuan melindungi anak-anaknya. Namun berbeza pula dengan si Oyen ini, dia bertindak meletakkan anaknya disebelah bayi yang sedang lena tidur.
Berikut adalah video yang telah tular tersebut:
@amalieena Haritu dia terberanak sebelah baby kite.. harini dia nk bwk pindah anak2 dia duduk dgn baby kite pulak🤦🏼♀️
♬ original sound – amalieena
Dari makluman pemilik si Oyen ini, kucing tersebut baru sahaja melahirkan anaknya baru-baru ini dan tempatnya melahirkan agak berhampiran dengan tempat bayi itu berada. Selepas beberapa hari, ibu kucing ini mula mengangkut anak-anaknya satu persatu untuk sama-sama beristirehat di atas tilam bayi itu.
Daripada rakaman video ini, dapat didengari pemilik kucing yang merakam ini tidak dapat menahan rasa lucu dan turut tergelak ketika merakamkan perbuatan si Oyen ini.
Kita dapat lihat dalam rakaman video tersebut, si Oyen cuba meletakkan anaknya betul-betul disebelah bayi yang sedang tidur, bayi pemilik kucing itu pula sedang nyenyak tidur sambil kucing tersebut asyik memerhati bayi manusia yang sedang tidur lena. Keadaan si Oyen dilihat seperti dia ingin menunjukkan anaknya di hadapan bayi, ia juga seolah-olah mengambarkan si Oyen dan Pemiliknya perlu ditempatkan di tempat pembaringan yang sama kerana sama-sama sedang berpantang.
Melihat di ruangan komen, gelagat si Oyen yang mencuit hati ini nyata telah memberikan respon lucu dalam kalangan netizen. Ramai yang berseloroh dengan andaian mungkin si Oyen ini hendak memperkenalkan anaknya kepada bayi tersebut.
Dapat dilihat si Oyen ini cukup gigih mengangkut anaknya satu persatu untuk dipertontonkan di hadapan bayi, ada juga netizen yang memberikan respon, Ibu kucing itu turut menganggap bayi itu seperti anaknya dan menjadi tanggungjawabnya untuk turut menjaga bayi manusia.
Berikut antara komen netizen :


Perkongsian ini tertanya telah menghiburkan kita semua tentang gelagat kucing yang mencuit hati. Kita hanya dapat berandaian bahawa, ianya adalah sekadar gurauan sahaja, dan pemilik kucing tersebut perlu mengalihkan kucing dan anak-anak itu ke tempat lain kerana faktor kebersihan.
Hal ini kerana, sekiranya kita membiarkan sahaja kucing dan anak-anak berada disitu, mungkin ianya kurang selamat untuk kesihatan bayi tersebut kerana bulu kucing sangat mudah berterbangan dan boleh memberikan kesan yang kurang baik kepada pengudaraan di sekitar bayi.
Walaubagaimanapun sikap pemilik kucing ini harus dipuji kerana melayan dengan baik kerenah si Ibu kucing.