‘Baru Kenal Siapa M.Rajoli’ Rupanya Beliau Yang Bertalqin Masa P.Ramlee Meningg4l Dunia. Ini Pesanan Beliau

Perginya pelakon veteran M.Rajoli atau nama sebenar beliau Mohd Rajoli Mohamed Zin pada usia 65 tahun tanggal 17 September 2010 merupakan satu kehilangan besar dalam dunia seni tanah air. Ternyata beliau sukar dicari ganti.

Kebolehan beliau dalam menjayakan watak mampu membuatkan penonton ketawa dan menangis mengikut watak yang dipertanggungjawabkan.

Gurau senda serta lawak jenaka yang selalu menjadi usikannya kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan seni akan sentiasa dikenang yang menjadi sebahagian dari memori indah.

Allahyarham M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin telah dilahirkan pada 7 April 1945 di Pasir Mas Kelantan. Arwah mempunyai dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Hajah Wan Chik Daud yang merupakan seorang pelakon lagenda juga. Perkahwinan mereka ini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata keseluruhannya.

Mengikut sumber, pada awal zaman 70-an, M.Rajoli pernah menuntut dalam ilmu agama di Pulau Pinang kemudian melanjutkan pelajaran ke Pakistan. Selepas beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau pernah bekerja sebagai penjaga lif di bangunan UMNO

Antara pengalaman hidup yang dikongsi beliau termasuklah pernah meringkuk dalam lokap selama 3 malam kerana meminjamkan motorsikalnya kepada kawannya yang merupakan ahli kongsi gelap ketika remaja membantu beliau mengisi lakonannya.

Kerjaya dalam bidang lakonan

M.Rajoli mula terlibat dalam dunia lakonan apabila telah diperkenalkan oleh Ed Osmera pada tahun 1982. Ed Osmera telah melihat bakatnya dan pada ketika itu, pengarah filem terkenal pada ketika itu Jins Shamsuddin sedang mencari pelakon yang boleh membacakan talqin dalam penggambaran filem Esok Untuk Siapa.

Bermula dari kemunculan yang sedikit itu, ianya telah membawa nama M.Rajoli sedikit demi sedikit dalam dunia lakonan. Antara filem lain lakonannya ialah Mekanik, Matїnya Seorang Patriot, Anak Sulung Tujuk Keturunan, Pagar-Pagar Cinta, Diva Popular dan Cicakman.

Anda drama yang menaikkan nama beliau ialah yang bertajuk ‘Rabun’ arahan pengarah Yasmin Ahmad.

Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon yang versatile dan bersahaja. Beliau adalah pelakon yang cukup pakej dengan bakat menghibur,melawak dan juga seorang pelukis.

Beliau sering diberikan watak antagonis atau watak jahat dan kadangkala beliau mampu menjayakan watak komedi.

Dalam drama-drama lain, ada juga dilihat beliau membawakan watak seorang datuk kaya yang berpangkat dengan sifat yang gatal dengan perempuan. Selain membawakan watak komedi, beliau juga ada membawakan watak seorang agama yang warak dan berpegang kuat dengan agama dalam filem-filem dan drama.

Semua watak-watak yang dibawa hanyalah sekadar lakonan dan janganlah dingati sebagai lelaki berhidung belang dalam filem dan drama. Beliau juga tidak kisah jika dikecam kerana berlakon sebagai seorang peminum dalam filem asalkan orang tidak menemui beliau seorang peminum di luar lakonan.

Filem adalah sebuah realiti yang dipaparkan untuk tontonan namun diluar filem adalah realiti yang wajib dijaga.

Beliau diakui sebagai seorang pelakon yang berwibawa, kebanyakan pelakon lain hanyalah pembaca skrip. Perginya M. Rajoli telah mengurangkan seorang pelakon yang berwibawa, walau sekecil manapun watak yang dibawanya. Ia pasti meninggalkan kesan kepada penonton.

Contohnya watak tukang kebun tua dalam siri drama Tanah Kubur, walaupun watak kecil sahaja tetapi telah melayakkan beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.

“Arwah seorang yang suka berlawak jenaka, namun pelakon lain sangat menghormati arwah, kerana dalam lawaknya tetap diselitkan pesanan dan nasihat” kongsi Zulkifli Ismail yang sempat bergandingan beberapa kali berlakon bersama arwah.

Menjadi Imam Besar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur membaca talkin untuk P.Ramlee

Ujian hidup tanpa henti ini membuat M.Rajoli sentiasa sedar, apabila sedar dalam kehidupan sebagai seorang selebriti membuat beliau tidak tersasar.

M. Rajoli juga merupakan seorang Imam Besar Masjid Kampung Baru dan ramai yang sudah mengetahui bahawa beliau lah yang membacakan talqin semasa pengebumian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tanggal 29 Mei 1973. Mungkin ramai juga yang belum mengetahuinya.

Dalam lakonan-lakonannya, M.Rajoli sering menampilkan watak komedi, penonton selalu terhibur dan tidak kering gusi dengan lawak jenakanya. Namun tiada siapa menyangka ia bukanlah realiti sebenar yang kita lihat terpancar di mata orang.

Beliau telah menderita sakit kepala dan ternyata ia bukanlah sakit biasa, pada tahun 2008, peminat M.Rajoli terkejut dengan berita bahawa beliau telah jatuh sakit dengan agak serius, setelah dilakukan pemeriksaan, beliau telah menghidap Lymphoma atau kelenjar Kanser otak.

Kesan dari sakit itu, beliau telah lumpuh hampir seluruh anggota badan dan hanya bergantung dengan isteri-isterinya.

Menurut Isteri kedua beliau, Hajah Wan Chik Daud, beliau semakin sihat pada awal tahun 2008 kerana menjalani terapi setiap hari dan boleh bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Beliau turut dijaga dengan rapi oleh isteri pertama Hashimah Md Din di kediaman AU2 Keramat Kuala Lumpur.

Semasa beliau sakit, beliau telah didatangi oleh Exco Seniman , susuk tubuh beliau sudah dilihat kurus, beliau banyak menghabiskan masa dengan tidur. Bangun pun pada waktu makan dan minum sahaja. Setelah dikejutkan isteri.

Beliau sempat menyatakan hasrat mahu mengajar mengaji, beliau pesan kepada anak bongsunya supaya jadi pengganti sekiranya beliau tak sempat. Itu memang ada dalam perancangan beliau, beliau juga mahu menjadi imam semula dan mengajar mengaji sekiranya diberi kesembuhan.

Kalau tak sempat, Arif anak bongsunya diharap untuk menggantikannya. Selepas setahun lebih dalam keadaan sebegitu, berkerusi roda dan berbaring atas katil, Allah lebih menyayanginya, pada pukul 10.45 malam 17 September 2010, beliau telah pergi buat selama-lamanya di Hospital Ampang selepas dimasukkan ke Hospital.

Pemergian arwah M.Rajoli banyak meninggalkan kesan dan kehadiran beliau dalam dunia seni juga banyak boleh memberikan teladan kepada kita semua.

Walaupun beliau sibuk dalam memenuhi tawaran lakonan, beliau yang berjiwa agama ini tidak pernah meninggalkan suruhan agama. Arwah sentiasa berpuasa sunat selama tiga bulan sebelum kedatangan Ramadhan dan juga kerap memberikan kuliah subuh.

Beliau juga telah pergi menunaikan ibadah haji dan berpengalaman membawa jemaah haji di Malaysia untuk melakukan Haji dengan jalan kapal laut.

Semoga arwah ditempatkan dengan para solihin. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top