Blake Anjing Penyelamat Tanah Runtuh. Sedih Tengok Keadaannya Selepas 2 Hari Berjuang

Negara kita telah dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali ini telah melibatkan lebih 94 orang mangsa dan melibatkan 24 mangsa yang telah maụt setakat ini.

Tatkala kita dikongsikan dengan pelbagai foto pihak Bomba dan Penyelamat yang berjuang meneruskan operasi pencarian mangsa, ada ‘Hero’ yang tidak didendang telah mencuri perhatian kita. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada ‘Hero’ lain yang turut bertungkus lumus untuk mencari mangsa tanah runtuh.

Peneman pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut didampingi oleh anjing unit pengesan (K9) yang sama-sama berjuang dalam usaha mengesan sekiranya ada lagi saki baki mangsa tanah runtuh yang masih belum dijumpai sejak hari Jumaat yang lalu.

Anjing yang diberi nama Blake ini terus menjadi tumpuan netizen dan dianggap Hero kepada masyarakat dalam misi menyelamat. Blake dikenali sebagai seekor anjing yang bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang sangat tajam, kehadiran Blake dalam misi menyelamat bukan sekadar mengesan, malah terpaksa melalui kesukaran suasana tanah runtuh yang berlumpur tebal, lecak dan hujan.

Dalam pasukan anjing K9 ini ada beberapa anjing lain yang turut terlibat dalam usaha mencari, namun selepas 2 hari bertungkus lumus, akhirnya Blake mengalami kepenatan dan terpaksa direhatkan.

Beginilah keadaan Blake selepas 2 hari berjuang:

Kita dapat lihat dari riak wajahnya, Blake sudah pun terlalu keletihan, tidak dapat dibayangkan, bagaimana sekiranya manusia yang menghadapi keletihan seperti Blake ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis memaklumkan, ‘Blake’ telah kecundang, selepas dua hari berjuang sedaya upaya untuk menjalan operasi SAR ini. Akhirnya Blake telah direhatkan.

“Selepas dua hari membuat pencarian dan dikira bekerja lebih masa (Overtime), anjing tersebut mungkin perlu rehat yang cukup, tetapi dia bukanlah cedera” Kongsi Datuk Norazam.

“Oleh sebab itulah, khidmat anjing kita jalankan secara bergilir-gilir bermula dengan tiga ekor sahaja dulu, kemudian barulah kita masukkan lagi anjing lain” kongsinya dalam sidang media terkini.

Menurut beliau 11 ekor anjing pengesan telah digunakan dan berada dalam keadaan siap siaga semasa berada di lokasi tanah runtuh. Kaedah yang digunakan ialah enam orang dari Jabatan Bomba, empat dari Polis Diraja Malaysia dan seekor anjing dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setakat petang semalam, sebanyak 24 orang mangsa telah dikenali pasti korban dalam tragedi itu, seramai 61 orang yang terselamat dan keseluruhannya melibatkan 94 orang mangsa yang sedang berada di Father’s Organic Farm , Batang Kali itu pada hari kejadian.

Anjing sememangnya dikenali sebagai haiwan pengesan yang terbaik sekiranya melibatkan operasi pencarian seperti ini. Anjing pengesan ini adalah haiwan yang telah dilatih dan bertugas untuk menggunakan derianya dan kebanyakannya adalah deria bau untuk mengesan bahan seperti bahan letupan, najis d4dah. Anjing ini juga mampu melakukan operasi pencarian manusia yang hilang atau tertimbus dalam tanah seperti tragedi ini.

Selepas perkembangan terbaru itu tular di media sosial, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Blake si anjing penyelamat kerana telah bertungkus lumus mencari dan usaha menyelamat mangsa dalam kejadiaan tersebut.

Sanggeta: Well done Blake! Our Hero

Normalina Mahat: Walau dia hanya seekor haiwan, tapi jasanya amat besar, rehatlah Blake, berlumpur 1 badanya

Muhamad Hafifiy: Sehebat manusia berakal, masih perlu bergantung dengan makhluk lain, Allah Maha Berkuasa, Good Job Blake and rest well ya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top