Dalam sesebuah hubungan pasangan yang ingin diikat ke fasa lebih serius samada pertunangan atau perkahwinan. Komunikasi dan sikap tolak ansur adalah perkara yang terpenting bagi menjaga keseimbangan antara satu sama lain.
Dalam sesuatu situasi, perlu ada ‘give and take’ dalam kehidupan berpasangan. Kita tidak boleh harap bergantung 100% kepada seorang sahaja, kita juga perlu memberi dan sebaliknya.
Tular baru-baru ini apabila satu ciapan telah dimuatnaik di laman Twitter yang berkongsi luahan mengenai seorang gadis yang cuba meminta pandangan warganet mengenai adakah patut dirinya meneruskan perhubungannya dengan seorang lelaki.
Ciapannya itu telah mendapat perhatian ramai dan telah banyak menerima respon dari netzen.
Berikut adalah tangkap layar ciapan tersebut:

Terus rasa Turn Off lepas lelaki itu suruh split bill pada hari pertama dating.
Melalui perkongsian dari akaun @twtmalaywedding, telah berkongsi satu tangkap layar dari pengikut akaun itu yang berkongsi satu situasi masalah.
Menurut gadis itu, dia meminta pandangan warganet adakah dirinya patut meneruskan hubungan dengan lelaki itu seleas si lelaki meminta untuk split bill pada hari pertama pertemuan mereka.
Situasi tersebut telah membuatkan gadis itu tawar hati dengannya.
“kalau first date dan minta split bill patut ke untuk teruskan? I mean kalau second date and the following date tu faham lah, tapi pissed off jugak kalau kali pertama pun dah kena bayar asing”, tulis gadis itu.
“Kalau tidak tak mahu belanja tu okay lah. Dah dia tak nak belanja, tu dia punya pasal lah , duit dia- Netizen
Selepas ciapan berkenaan, kelihatan di ruangan komen rata-rata wargaet turut melontarkan pelbagai pendapat mereka mengenai isu tersebut.
Semasa artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah mendapat lebih 209 retweets, 1339 quotes tweets dan 583 likes di laman Twitter.
Berikut adalah antara komen netizen yang memberikan pandangan masing-masing:
Benda ni relax la, dia tak nak belanja, dia belanja. Kau nak belanja, kau belanja. Kalau tak split bill, anggap la first date ni macam keluar dengan kawan. Belum apa-apa dah harap orang belanja ni red flag juga tau.
Ini pendapat la ehh, , dia bukan soal baru first date better split bill takut takde second date ke apa. Tapi it show on how gentlemean he is how to say eh, macam common sense la. First impression kot? lagipun tak salah pun nak belanja ‘kawan’ kan anggap la macam sedekah.
Takyah teruskan, sebab pertanyaan inilah , awak tak sesuai untuk dia. Awak jenis suka yang first date lelaki bayar. Dia pula lelaki yang minda macam mat salleh, split bill. Dari ni korang dah tak sekufu. Jangan teruskan, jika hal remeh macam ni dah jadi isu, apatah lagi kalau dah kahwin nanti.
Gentlemen, if the girl expects you for a lot of things just because its a gentlemen thing to do, then leave. Entitled people cant’ appreciate what we’re ‘supposed’ to do.
I rasa kan, tu cara soft kot dia reject u anon. Dia taknak second date, so dia buatlah macam tu.
No issue pun split bill and if perempuan yang bayarkan pun no issue cause apa salahnya belanja orang walaupun dia lelaki. Tunjuk sikit tak harap duit lelaki and you can stand onw your feet. Unless that guy offer nak bayarkan takpa la but jangan mengharap apa apa.
Menerusi komen dari netizen, ianya bergantung kepada individu masing-masing, netizen hanya mengeluarkan pandangan peribadi mereka. Namun dalam hubungan ini, samada ianya menjadi masalah atau tidak bergantung kepada bagaimana seseorang itu berfikir mengenai situasi itu.
Ada sesetengah menganggap ianya bukanlah satu perkara yang serius, mungkin pada hari itu kebetulan si lelaki itu tak cukup wang, boleh jadi juga sebaliknya sebagai cara untuk menolak gadis itu. Apa-pun yang terjadi, dalam hubungan ke arah yang serius, perlu ada komunikasi yang jelas sebelum pergi ke fasa serius.