“Ilmu Tinggi Budak-budak Ni” Selamba Main Tepi Kuburr. Ramai Mula Rasa Pelik

Zaman kanak-kanak adalah sebahagian dari hidup kita yang tak dapat dilupakan. Itulah zaman paling seronok kerana kita hanya fokus kepada bermain dengan kawan-kawan dan keluarga pada waktu itu.

Tambahan lagi bila kita hidup berjiran, bila kanak-kanak ini sudah mula berkawan dengan anak jiran, pasti ada sahaja perancangan untuk bermain bermacam-macam permainnan. Dari pagi sampai ke petanglah asyik bermain sahaja sebelum diajak pulang oleh ibu dan ayah.

Namun berbeza pula yang berlaku kepada sekumpulan kanak-kanak yang bermain ini. Apa yang unik mengenai kanak-kanak ini adalah waktu mereka bermain iaitu di waktu malam di satu lokasi yang cukup berbeza dari tempat lain.

Ia ternyata telah mencuri tumpuan netizen dan rata-rata mengatakan kanak-kanak ini mungkin ada ‘sesuatu’ yang membuatkan mereka boleh bermain disitu.

Bermain gasing di tepi tanah kuburr

Melalui satu video yang telah dimuatnaik oleh pemilik akaun tiktok @sitimurnie89, dilihat ada sekumpulan kanak-kanak dengan selamba asyik bermain gasing mainan yang bersebelahan dengan tanah kuburr.

Apa yang unik mengenai kumpulan kanak-kanak ini, mereka langsung tidak menunjukkan reaksi ketakutan apabila bermain disebelah tempat itu malah bermain dengan penuh keseronokan. Sumber memaklumkan kumpulan kanak-kanak yang bermain disitu sebenarnya adalah di lokasi berniaga.

Mereka menemani makcik mereka berniaga disitu yang kebetulan berdekatan dengan tanah perkuburan.

Berikut adalah video yang telah tular tersebut:

@cikmoon999

🥰🥰🥰anda berani ka? ✅

♬ bunyi asal – Man TikTok

Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang telah memberikan respon terhadap video berkenaan:

Semasa artikel ini ditulis, setakat ini video berkenaan telah mendapat 366.5 ribu tonton dan 9.2 ribu tanda suka beserta 500 orang yang meninggalkan komen pada video yang dikongsi dilaman Tiktok tersebut.

Kebal sungguh hati-budak-budak ni

depa nak tido pun tak senang

orang dah biasa, tak heran dah, sebati dalam jiwa

dulu pun rumah sebelah kuburr juhga, tengah-tengah malam selalu je bau bunga kuburr, wangi je

circle depa lain macam

ilmu tinggi ni

aku yang dah tua bangka ni kalau lalu tepi kuburr malam-malam pandang depan stret je

dah jadi member dah tu, dekat jiran sebelah

lain macam dia punya suasana

Walaupun kanak-kanak ini masih kecil sudah menunjukkan keberanian, kalau perkara ni berlaku pada penulis, kami pun ‘auto kecut’ kalau melalui jalan kuburr apatah lagi duduk bersebelahan macam ni.

Tidak dapat dipastikan rakaman video tersebut berlaku dimana, namun kita hanya mendoakan sahaja yang terbaik buat anak-anak kecil ini. Semoga membesar menjadi seorang yang cemerlang, berani dan dapat berbakti kepada orang tuanya.

Kanak-kanak ini mungkin masih belum memahami apakah itu kuburr dan kenapa kebiasaanya ia ditakuti. Mereka sendiri belum memahami realiti kehidupan yang ada orang hidup dan orang mạti. Lambat laun mereka akan mengetahuinya juga nanti.

Bagi mereka yang telah dewasa atau baligh, bolehlah kita mengamalkan adab ketika menziarahi kuburr.

1. Beri salam

semasa kita melalui kawasan perkuburan, islam mengajar kita memberikan salam kepada ahli kuburr seolah-olah kita mendoakan kesejahteraan mereka. Rasulullah S.A.W juga melakukannya yang patut menjadi ikutan kita.

2. Duduk di tempat yang sesuai

Semasa menziarahi kuburr, janganlah duduk di mana-mana sahaja sesuka hati, periksa dahulu lokasi yang sesuai untuk duduk, duduk di tepi kuburr tiada masalah, janganlah pula duduk di atas kuburr.

3. Berdoa untuk kesejahteraan penghuni kuburr

Sebaiknya kita berdoalah untuk memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan dirahmati mereka yang telah menjadi ahli barzakh ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top