Kejadian tanah runtuh Batang Kali di Fathers Organic Farm baru-baru ini menggemparkan seluruh Malaysia kerana kejadian ini melibatkan banyak nyawa terk0rban dan tercedera.
“Apabila memandang ke bahagian lereng bukit, saya ternampak cecair berwarna hitam dan apabila saya membuat pemeriksaan, tiada sebarang bau pada cecair itu. Hati saya teguh mengatakan ia adalah cecair dari mayạt”
Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, yang bernama Juyana @ Azlan Musa.
Beliau telah menjadi watak utama dalam pertemuan mangsạ terakhir yang berusia 11 tahun itu, di lokasi kejadian tanah runtuh batang kali di Fathers Organic Farm. Semasa dihubungi oleh pemberita, pegawai bomba berkenaan yang berusia 48 tahun itu telah menggunakan sepenuh tenaga dan pengalamannya sepanjang 28 tahun bertugas dalam pasukan bomba.
Semasa mencari mangsa yang terakhir, perancangan rapi perlu dilakukan dengan membuat ukuran arah pergerakan serta kelajuan tanah yang runtuh. Semuanya berpandukan kepakaran dan pengalaman.
Selain mengkaji faktor-faktor itu, Juyana berkata, untuk mangsạ terakhir juga, Juyana lebih memberikan tumpuan kepada pencarian di Sektor A (Hill View), kerana beliau yakin mangsạ berkemungkinan tinggi berada disitu berdasarkan penemuan bapa dan kakaknya di tempat yang hampir sama.
Tapi malangnya usaha pencarian masih lagi gagal untuk bertemu dengan mangsạ akhir, sehinggalah Juyana berehat dan akhirnya terlelap sebentar di bawah pokok. Dengan tiba-tiba beliau mendapat ilham.
“Pada hari pertama, saya ada menemukan seorang mangsạ wanita di bahagian lereng bukit di Sektor A , kemudian saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan info lanjut dari suaminya yang terselamat. Info yang diperlukan ialah mengenai kedudukan khemah mereka pada hari tragɛdi.
“Selepas saya mendapatkan info dari suaminya, berdasarkan info itu saya terus melihat ke lereng bukit dan merasakan mungkin mangsạ terakhir berada disitu. Itulah satu-satunya lokasi yang beliau dan pasukan belum membuat pencarian sepenuhnya lagi.
“Semasa melihat ke lokasi itu, saya ada nampak cecair hitam yang seakan cecair dari mạyat dari tanah. Saya cuba merangkak untuk memanjat ke lereng itu dan bila buat pemeriksaan, cecair itu tiada bau namun saya terus mengorek dengan penyodok dan ternampak satu kain.
“Saya menarik keluar sedikit kain itu, barulah akhirnya saya tercium bau kuat dan itulah bau mayạt. Saya yakin itulah benda yang dicari sebelum memaklumkan kepada pasukan untuk mengorek secara manual” Kongsinya
Semalam, mayạt yang terakhir itu ditemui dalam beg tidur dan itulah mayạt yang ke 31 dijumpai sekaligus yang terakhir dalam misi pencarian itu. Ia tertimbus dengan kedalaman sehingga 1.5 meter dalam tanah.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JPBM Selangor berkata lokasi penemuan itu terletak empat meter dari kawasan tebing bukit dan empat meter dari tapak khemah bahagian Sektor A.
Apabila ditanya perasaanya setelah menemuka mangsạ terakhir itu, Juyana berkata beliau merasa amat bersyukur kerana akhirnya pencarian itu dapat ditamatkan dan memberikan kesudahan yang baik. Inilah harapan keluarganya agar mangsạ dapat ditemui walaupun sudah tidak bernyawa.
“Saya juga merasa teruja dan bangga kerana pasukan dapat melaksanakan tanggungawab dengan baik dan berjaya menemukan semua mangsạ berikutan bencana ini berlaku dalam skala yang besar.
“Walaupun kesukaran dan rintangan yang perlu dihadapi, termasuk keadaan muka bumi yang merbahaya dan cuaca , akhirnya pasukan bomba dengan dibantu oleh pasukan agensi lain dapat diselesaikan dengan baik” Kata Juyana.
Kata beliau, inilah kali pertama beliau membabitkan diri dalam operasi SAR kejadian tanah runtuh dengan jumlah yang besar.
Dalam operasi SAR selama sembilan hari itu, Juyana yang berasal dari Kota Bharu Kelantan bersama pasukan antara watak penting dalam usaha mengesan dan membawa keluar 19 dari 31 mangsạ.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak dan agen yang bertungkus lumus dalam operasi SAR termasuklah pada pemandu jentera jengkaut. Merekalah hero dan telah memberikan komitmen yang tinggi membantu mencari dan menggali di tapak tragɛdi yang luas.
Tragɛdi 16 Disember itu melibatkan seramai 92 orang m4ngsa, dengan 61 daripada selamat dan 31 telah tɛrkorban. Mangsạ terk0rbạn membabitkan 18 individu dewasa dan 13 orang kanak-kanak.