Siapa yang masih ingat dengan lagu Nurani yang menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu? Penyanyi yang mendendangkan lagu ini ialah Eisya atau lebih popular dengan nama jolokan Eisya Nurani. Beliau dikatakan sudah tidak lagi menyanyi.
Beliau membuat keputusan tersebut kerana ingin menumpukan sepenuhnya anak-anak dan keluarga setelah berpisah dengan suami sejak 2 tahun lepas.

Menurut Eisya lagi atau pemilik nama sebenar Khairul Bariah, beliau turut merasa sedih yang tidak terhingga diatas kehilangan bapa tercinta, kerana bapanya lah telah Eisya bergantung kasih selepas berpisah dengan suami selain dengan ibu dan anak-anaknya.
Pada peringkat awal 100 hari selepas ketiadaan bapanya, setiap hari Eisya menziarahi pusara bapanya kerana terlalu rindukan arwah. Tapi demi anak-anak dan memikirkan masa depan keluarga. Eisya perlu kuatkan diri dan menyambung perusahaan bapanya yang dijalankan bersama ibu tercinta. Kongsi Eisya yang kini sudahpun berniqab.
Eisya “Menutup Buku”
Eisya mula popular setelah kemunculan lagu bertajuk Nurasni dalam album pertama yang telah diterbitkan pada tahun 1997. Ia sekaligus telah memperkenalkan Eisya Ahmad dalam industri nyanyian tanah air.

Eisya yang kini telah berusia 42 tahun ada menyiapkan album keduanya yang bertajuk Firasat sekitar tahun 2000, tapi malangnya syarikat rakaman naungannya Ambang Klasik telah menghentikan operasinya kerana masalah perniagaan.
“Pada masa itu saya baru sahaja nak buat promosi tapi bila dah jadi begitu, habis semua perancangan tergendala. Tapi lagi itu sempat juga diputarkan di stesen radio pada tahun tersebut.
“Pada masa itu juga saya baru sahaja selesai berlakon dalam filem Syukur 21 bersama Raihan dan pelakon-pelakon lain, filem tersebut telah menjadi sebutan ramai kerana merupakan filem yang cukup unik pada ketika itu.
“Setelah itu, tahun 2002, saya telah berkahwin dan bercadang untuk berehat sebenar dalam bidang nyanyian kerana telah mengandung. Namun saya tidak menyangka, ia rupanya adalah rehat untuk selamanya dari bidang nyanyian. Kongsi Eisya
Eisya yang sudah bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak , Kasih Muhammad Haikal 16, Kasih Muhammad Faris 11, dan Kasih Ayesha Yasmin 6 telah membuat keputusan berpisah dengan suami pada tahun 2015. Jodohnya dengan suami pada setakat itu sahaja.
Berikut adalah foto terkini Eisya:

“Selepas bercerai saya telah kembali ke pangkuan keluarga dan kembali menjadi anak bapa yang berada dalam jagaannya. Saya memang cukup rapat dengan bapa dan selalu orang cakap saya ni ‘anak abah’.
“Saya telah berjaya menyiapkan dua buah single dan telah mula menyanyi dalam pelbagai program jemputan. Saya juga ada mendapat tawaran dalam program Gegar Vaganza namun saya merasa belum bersedia untuk menyertainya. Ujar Eisya.
Pada tahun 2016, telah membawa kisah penghijrahan baru buat Eisya setelah berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dengan bapanya pada bulan Februari.
Semasa menunaikan umrah, beliau turut membawa anak bongsunya Kasih Ayesha Yasmin yang kini sudah berumur 6 tahun.
“Semasa menunaikan umrah, alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Setelah selesai menunaikan umrah dan pulang ke Malaysia, dalam masa 44 hari, Abah pula pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana serangan jantung pada 14 april.
“Sebenarnya arwah sudah ada menunjukkan tanda-tanda sebelum abah pergi buat selamanya, tapi saya sahaja yang tidak perasan.

‘Antara tandanya, abah ada pesan kepada saya, kalau abah sudah tiada, tak payahlah Eisya menyanyi lagi kerana nanti abah susah ‘di bawah’ nanti.
“Pesanan abah cukup mudah dan membuatkan saya terus pencen dari menyanyi, Abah lah yang menaikkan nama saya suatu ketika dahulu dan apabila abah sudah tiada, abah pesan janganlah menyanyi lagi, Kata Eisya.
Eisya pada awalnya hanya menanggap ia sekadar gurauan, namun apabila abahnya telah pergi, pesanan itu cukup terkesan dan masing terngiang-ngiang dalam ingatannya.

“Saya nekad untuk berhenti menyanyi dan tiada rasa ghairah untuk menyanyi di khalayak ramai. Kalau menyanyi dengan anak-anak di rumah itu biasalah.
“Tapi bila saya tengok anak-anak, tiada seorang pun nampak ingin mengikuti jejaknya sebagai penyanyi. Sebenarnya setelah saya bercerai dengan suami dulu, saya tak rasa pun diri ini adalah seorang ibu tunggal, saya cuma rasa sudah kembali kepada abah dan menjadi anak abah.
“Bila abah sudah pergi buat selama-lamanya, barulah rasa kehilangan itu timbul dan merasa diri ini seorang ibu tunggal. Bila orang datang ke rumah berjumpa emak dan hantar itu dan ini, saya mula ras segan. Akhirnya saya nekad untuk memakai purdah. Ujarnya.