Inilah Daun Yang Menakjubkan Untuk Mengelakkan Tikus Masuk Rumah

Tikus sudah dikenali sebagai antara haiwan perosak dalam rumah kita. Sememangnya haiwan ini tidak diingini wujud dalam rumah, namun disebabkan kesukaran kita untuk menjaga bahagian-bahagian sulit dalam rumah seperti celah almari, celah dinding, siling rumah dan sebagainya telah menjadi tempat mereka ini bersarang. Apatahlagi tempat kotor atau bekas sisa makanan menjadi kawasan kegemaran tikus.

Dalam artikel kali ini, ada satu pendedahan yang mungkin anda rasa tidak percaya, namun inilah penawar atau penyelesaian yang boleh menghalau tikus dengan murah di rumah anda. Ianya adalah ikhtiar semulajadi dengan hanya menggunakan daun tumbuhan yang boleh didapati di mana-mana sahaja.

Umum diketahui, kehadiran tikus boleh mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya kepada manusia, oleh itu, usaha untuk menghalau tikus ini adalah satu perkara yang perlu kita ambil serius secepat mungkin. Penyakit itu boleh berupa cirit-birit, ataupun kencing tikus yang boleh membawa maṳt.

Oleh sebab itulah, artikel cuba memberikan perkongsian dan nasihat bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kita harus mengusir tikus dari terus berada dalam rumah kita,sebelum ia bermaharajalela dalam rumah kita. Keberadaan tikus lebih lama dalam rumah kita pastinya mengundang padah yang lebih buruk apabila mereka mula membiak dan beranak pinah. Ia akan menyebabkan risiko penyakit semakin menghampiri penghuni rumah kita.

Bagaimana cara berkesan untuk mengusir tikus ini?

Ada beberapa kaedah yang kita boleh lakukan untuk mengusir tikus dari terus mendiami rumah kita, antara kaedah yang boleh diusahakan termasuk menggunakan alat penghambat tikus seperti penggunaan racun, perangkap tikus elektrik, khidmat pembasmi tikus dan cara semulajadi.

Walaupun pelbagai kaedah tersedia untuk menghalau tikus, bukanlah semua mahu melakukan kaedah biasa tersebut, kerana ianya mempunyai kelemahan lain pula contohnya sekiranya menggunakan racun tikus, masalah yang mungkin dihadapi ialah apabila tikus telah memakan racun tersebut, tikus itu akan mḁti di tempat yang sukar diambil.

Hal ini menyebabkan terjadinya bau bangkai dalam rumah, sama juga dengan menggunakan perangkap tikus, masalah yang bakal dihadapi adalah ketika hendak membuang bangkainya, keadaan ini sudah tentu menjijikan dan membuatkan kita geli untuk melakukannya.

Namun ada alternatif lain yang anda boleh lakukan selain dari berhadapan dengan situasi yang sukar itu, anda masih boleh mendapatkan khidmat dari mereka yang membuat kerja pembasmian tikus, cumanya anda harus mengeluarkan belanja yang lebih untuk membayar upah kepada perkhidmatan itu.

Gunakan cara semulajadi

Tahukah anda, anda boleh menghalau tikus dengan menggunakan kaedah semulajadi iaitu penggunaan daun pudina. Kaedah semulajadi ini adalah cara untuk membasmi tikus tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Ianya terbukti sebagai cara untuk menghalau tikus yang pantas dan terbukti berkesan.

Sebelum memberikan kupasan ini, anda perlu tahu bahawa tikus ini adalah haiwan yang bahaya dan turut mempunyai persamaan seperti nyamuk, tikus juga boleh membawa mudarat kepada kesihatan.

Daun pudina ini bukan sahaja mempunyai banyak manfaat pada kesihatan badan kita, namun daun ini juga menjadi satu tanaman penghalau tikus, kerana tikus sangat takut atau tidak suka dengan bau aroma daun pudina ini.

Caranya, anda boleh beli 1 atau 2 ikat daun pudina, kemudian ambil pati daun pudina dan larutkan di dalam air. Apabila ianya telah larut, anda semburkan adunan larutan daun pudina itu di kawasan yang sering menjadi tempat persinggahan tikus atau yang sering dilalui tikus.

Teruskan usaha itu sehingga tikus akhirnya akan mengelak dari melalui kawasan dengan aroma mint tersebut. anda sangat digalakkan menanam pokok pudina di kawasan rumah sebab ia ternyata lebih berkesan.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan alternatif yang lebih mudah kepada anda untuk menghalau tikus dari terus bermaharajalela dalam rumah kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top