31 Tahun Berkhidmat Di Sabah. Bak kata pepatah, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Itulah dinamakan kehidupan di dunia ini. Jadi tidak hairanlah jika sesuatu yang dimulakan itu akan datang pasti ada akhirnya.
Itulah pepatah yang sesuai diberikan oleh seorang guru di Sekolah Menengah di Sabah, Cikgu Baljeet Singh yang berpindah setelah sekian lama berkhidmat menabur bakti di sana.
Seluruh warga sekolah menahan tangis mengiringi langkah terakhir Cikgu Baljeet semasa meninggalkan sekolah berkenaan. Majlis perpisahan guru-guru selalunya akan disambut dengan air mata lebih-lebih lagi kalau guru itu sangat disenangi dan disayangi oleh para pelajarnya.
Jasa dan pengorbanan seorang guru sama sekali tidak akan dilupakan. Panggilan keramat “cikgu” akan kekal dan terpahat menjadi kenangan hingga ke akhir hayat.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TḭkTok dikenali sebagai rasyaddddiman apabila memuat naik majlis perpisahan guru kesayanganya.
31 tahun berkhdimat, gṳru pulang ke kampung halaman
Malah, dalam video tersebut juga tersɛlit akan beberapa moment gurunya itu sebak ketika mengucapkan selamat tinggal selepas berkhidmat 31 tahun di sekolah berkenaan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pelajar menyanyikan sebuah lagi bertajuk ‘Kenangan Terindah’ buat gurunya itu.
Cikgu Baljeet juga sempat memberi kata-kata akhir sambil menahan tangḭsan kepada calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021.
Menurut rasyaddddiman, guru tersebut bakal berpindah ke sebuah sekolah berdekatan kampung asalnya di Semenanjung iaitu di Ipoh, Perak.
Perjuangannya sebagai seorang guru tidak akan pernah terhenti kerana dia ingin melihat lebih ramai anak pedalaman keluar dari kepompong kehidupan yang sedia ada dan mencapai kejayaan sama seperti mereka yang lain. Keterbatasan fizikal geologi bukanlah penghalang untuk mereka bersaing dengan dṳnia luar.
Cikgu Baljeet Singh telah meengajar di SMK Tawau, Sabah selama 31 tahun, cukup lama sehingga ada yang sudah 2 generasi beliau mengajar.
Kenangan terindah.. Perpisahan yang cukup memeritkan.. Setelah 31 tahun Guru ini akhirnya pulang ke Ipoh.
Sekarang beliau ingin berpindah pulang ke kampung asal iaitu di Ipoh, Perak. Yang menariknya Cikgu Baljeet mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera, didikan beliau sungguh terbaik yang paling penting banyak anak didik beliau dah berjaya. Walaupun beliau garang tapi semua tahu beliau sungguh baik, banyak orang sayang.
Kenapa viral cikgu ni? Sebab bukan senang nak jumpa guru dari Semenanjung yang sanggup stay dekat Sabah dengan sekolah yang sama selama 31 tahun. Diakui memang jarang ada yang sanggup bertahan lama disana.
Dalam pada itu, video yang telah mendapat lebih 1.1 juta jumlah tontonan dan lebih 200,000 tanda suka itu juga mendapat reaksi yang sama daripada warga maya dan turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.
Sesungguhnya zaman persekolahan adalah satu zaman yang menjadi kenangan buat kita semua. Di zaman persekolahan ini lah kita mencipta seribu satu kenangan pahit manis bersama rakan-rakan dan guru-guru.
Selalunya di zaman persekolahan juga lah wujudnya zaman “cinta monyet” yang membuatkan kita teringat sehingga ke hari tua. Pengalaman-pengalaman inilah sebenarnya yang akan mematangkan kita suatu hari nanti.
Jadi, hargailah saat-saat itu kerana saat itu sudah pasti tidak akan berputar kembali.
Mae
Kat Sekolah kami dulu lagi banyak Cikgu dari semenanjung yg menetap lebih 30 tahun. Biar pun still pelat ckp semenanjung. Tapi semua pelajar faham. Ada yg dtg dr Melaka, Perak, Perlis, Johor. Sebut je Cikgu Chua, Cikgu Maimon, Cikgu Zahid, Cikgu Lagiah, dll semua pernah berkhidmat kat SMSM lebih 30 tahun. Alhamdulillah biar pun cikgu2 ni strict, lantang bila bercakap. Tapi ramai pelajar yg berjaya lahir drpd mereka.