“Beli kereta, bank kau pergi jelajah buat personal loan. Rabak poket weh”. Di tengah kemelut ekonomi sekarang ni, tolonglah simpan duit ya.
Tabiat meyimpan duit bukan sahaja perlu bermula waktu sekarang malah amalan ini sudah menjadi amalan mereka yang terdahulu lagi, samada menyimpan di bank atau dalam almari. Sifat disiplin menyimpan ini sudah menjadi amalan turun temurun selagi mana seseorang itu tahu bagaimana nak tanamkan disiplin dalam diri.

Satu perkongsian di facebook dari individu yang bernama Harith Faisal telah mendapat respon ramai netizen, perkongsian beliau telah membuka mata tentang perlunya menyimpan dari sekarang.
Nasihat ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk awak semua yang sedang membaca perkongsian ini sekarang. Please, simpanlah duit tidak kisah gaji besar atau kecil.
Luahan dalam perkongsian beliau ini cukup bermakna buat semua orang, kerana dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ini, nasihat ini perlu diambil perhatian.
“Terdetik sahaja nak simpan duit, teruslah buat, jangan bertangguh”
“Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke”
“Yang paling ramai dan popular cakap, nanti tunggu gaji besar baru nak mula mnyimpan duit. Dia macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu, nanti gaji besar simpanlah amaun besar pulak.
“Simpan duit ni habit dan amalan yang perlu konsisten, mindset pun kena betul disulami pula matlamat jangkamasa pendek dan masa panjang.
Jangan tunggu dapat hidayah
“Kalau awak gaji kecik pun tak teringin nak simpan duit, macam mana awak nak harap bila gaji dah besar boleh terus dapat hidayah. Bukan senang sahabat.
“You decide lah, nak start simpan, ONE DAY, nanti atau jadikan hari ini adalah DAY ONE mula menyimpan.
“Bila gaji aku dah cecah RM5000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2000 sahaja, jadi aku boleh buat simpanan RM3000 setiap bulan”
“besar periuk, maka besar jugaklah keraknya, maksud peribahasa ini adalah, kalau awak gaji besar, komitmen pun jadi besar sekali. Kalau boleh janganlah jadi macam ni.

“Gaji sekarang RM2000 pun taknak menyimpan, taknak cari ilmu urus duit, hanya beralasan , gaji kecik lagi, tak boleh nak simpan duit.
“maka setiap hujung bulan, baki duit gaji tinggal RM10, lagi sedih, awal-awal lagi dah beli kereta dengan bayaran bulan tinggi cecah RM500-RM600 sebulan installment.
“sebenarnya walau berapa pun gaji kita sekarang, latihlah diri kita untuk simpan dan uruskan dengan baik pendapatan kita tu. Kecik pun tidak mengapa, bila sudah biasa, gaji naik sampai RM5000 pun tak terkejut sangat.
“nak senang, cuba buat ikut peratus. Simpan 30% gaji, makin naik gaji, makin naik simpanan. Gaji RM2000 simpan RM600, kalau gaji RM5000, boleh simpan RM1500.
“Waktu awak masih bergaji RM2000, bolehlah awak cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2000, walaupun dah ada gaji besar. Sebab masa tu belum merasa lagi.
“Nanti bila dah merasa gaji besar, semua jenis kereta nak beli, semua bank awak try nak amik personal loan, maka rabaklah poket.
Begitulah antara perkongsian Harith Faisal berkenaan pentingnya urus kewangan dari awal. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran untuk mula tanam sifat disiplin dan mula menyimpan dari awal.