Restoran Terkenal 4 Bintang Tapi Gaji Pelayan RM1500. Ramai Pelik Bila Ini Terjadi

Bekerja di ibu kota menjadi impian sesetengah anak muda apabila percaya bahawa bekerja di bandar besar pasti berpeluang untuk mendapat gaji yang lumayan. Disebabkan itulah ramai berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur dengan harapan mampu memproleh pendapatan yang lebih baik.

Namun apa yang menyedihkan, harapan itu mungkin menjadi hampa apabila ada sesetengah perniagaan masih menawarkan gaji rendah. Paling menghairankan, situasi itu berlaku kepada perniagaan yang bertaraf antarabangsa dan popular.

Satu perkongsian oleh seorang individu yang dikenali sebagai Jam Lim telah mendapat respon ramai kerana beliau dikatakan telah mengkritik Restoran Gordon Ramsay Bar & Grill yang hanya menawarkan gaji RM1500 dalam iklan jawatan kosong pelayan restoran terkemuka itu.

Beliau yang juga editor kepada Tech Wire Asia turut berkongsi video tiktok yang mengatakan harga makanan di restoran tersebut lebih mahal dari gaji pekerja disitu.  

Dalam video tersebut berkongsi, sekeping Beef Wellington harganya boleh mencecah RM300, satu bekas kentang tumbuk berharga RM40, dan paling tidak masuk akal, harga sebotol air mineral adalah RM36.

Ramai orang beranggapan, siapa yang bekerja di Restoran Popular tersebut pasti mendapat bayaran gaji yang mahal, namun pendedahan Jam lim adalah sebaliknya, Jam telah membuat pendedahan berapakah gaji yang dibayar kepada pekerja disitu sebenarnya.

Dalam perkongsianya, beliau memuat naik satu gambar yang mendedahkan seorang pelayan hanya dibayar sekitar RM1500 hingga RM2100. Manakala chef pula dengan gaji RM5500 hingga RM7700. Menurut beliau, aras gaji seperti ini adalah tidak masuk akal ,apabila sebuah restoran mengenakan harga makanan semahal itu namun hanya membayar gaji yang rendah.

Ciapan Jam Lim itu telah mendapat respon hangat dari netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pembayaran gaji di Malaysia.  Ada juga sesetengah netizen berpendapat, restoran tersebut telah melakukan eksploitasi terhadap pekerja. Selain daripada itu, ada yang menyalahkan Chef Gordon Ramsay yang turut membenarkan perkara ini berlaku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top