Haram Atau Halal Jual Air Balang Begini? Ramai Setuju Dengan Pendapat Lelaki Ini

Sebagai pelanggan yang membeli barangan dari para peniaga, tentulah inginkan barang yang baik, bagus dan dalam keadaan yang elok selepas kita menerimanya. Perkara asas dalam jual beli ini menjadi objektif utama semua orang yang membuat belian barang tidak kiralah barang tersebut berupa barang elektronik, makanan, pakaian, atau lain-lain.

Menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan barang yang dijual dalam keadaan yang baik. Ini bermaksud produk atau barang yang dijual mestilah sama dengan iklan yang dipaparkan atau hampir sama. Isu isu gambar iklan dengan produk sebenar ini hangat diperkatakan masyarakat dan masalah pengiklanan ini tidaklah bertumpu kepada produk yang bukan makanan seperti gadjet, produk kosmetik dan lain-lain. Tetapi ramai orang yang mempertikaikan apabila isu pengiklanan ini berlaku dalam barang makanan atau produk makanan seperti air dan makanan.

Timbul persoalan dalam kalangan kita, bagaimanakah hukum menjual makanan yang tidak sama seperti dalam gambar. Baru-baru ini tular di media sosial facebook, seorang pemilik akaun fb yang bernama Pena Celoreng telah memuat naik satu persoalan mengenai orang yang menjual air balang dengan meletakkan stiker.

Berikut adalah ciapannya:

Perkongsian Pena Celoreng ini telah mendapat lebih 200 komen dan 1200 memberikan tanda ‘like’ menunjukkan ianya merupakan satu isu yang hangat yang perlu diambil tahu oleh masyarakat.

Dalam perkongsian beliau, mengatakan pada pemahaman beliau ,sekiranya pembeli merasa tertipu kerana yang air yang dibeli dalam gambar ialah pekat likat, tetapi yang dapat adalah sebaliknya, maka akad jual beli itu tidak sah dan hasil jualan air tersebut adalah haram.

Namun perkongsian beliau tidak bersumberkan daripada mana-mana dalil yang sahih untuk kita terus membuat kesimpulan.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan beliau dan memberikan komen seperti ini

Hajrul Akhir: banyak orang tak faham bab ni, semoga posting dato ni terbuka hati kepada yang membaca

Jae Sharizan: Pernah terkena, sanggup berhenti sebab kesian, tengok dah nak senja air masih penuh balang, lepas order baru perasan, rupanya stiker, sejak haritu sekadar lalu tengok je, tak rasa nak support dah

Nu Halim: Kami orang Melaka dah selalu beli belacan plastik pink, dalam dah kering

Nasir Ajkedah: Tu biasa datoi, mula-mula laku la, lepas tu tak laku akan terjadi la, kedai aku kena santau, p jumpa bomoh santau temberang, mmm orang dekat juga buat ni, bermula la syaiton bermeeting ahaa, saya kena ayaq tembikai tengok perhhh beli ja sekali tengok naih air nampak gunung kenyang.

Haninah Salim: Dalam youtube pun ada banyak video yang menunjukkan penipuan melalui “behind the scene’ contoh Ayam pada gambar bukan main gebu, keju leleh meleleh-leleh. Padahal ayam itu disuntk dengan cecair tertentu manakala bungkusan yang kita terima, ayam kurus dengan sos cuma separuh dan keju tak berapa nak meleleh

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang memberikan pandangan yang berbeza.

Mohd Saifuddin: biasanya kalau iklan komersial syarikat besar macam KFC dan sebagainya dia ada tulis gambar hanya ilustrasi sahaja

Dalam isu ini ramai yang meluahkan rasa kecewa kepada sesetengah peniaga yang tidak memberikan produk yang sama atau hampir sama seperti dalam gambar yang diiklan.

Perkongsian Pena Celoreng ini hanyalah merupakan pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak secara sah atau rasmi mengatakan hukum menggunakan stiker air balang ini haram.

Sehingga ke hari ini masih belum ada fatwa atau pendapat yang jelas yang mengatakan hukum menggunakan balang dengan stiker penuh seperti ini adalah haram.

Namun sebagai peniaga yang beragama islam. Sifat jujur dan amanah itu perlu ada semasa kita menjalankan perniagaan. Dan hukum asas dalam berniaga ialah saling redha meredhai dan memaklumkan dengan jujur keadaan sebenar produk yang kita jualkan.

Dalam isu ini, kita boleh merujuk kepada perkara asas dalam masalah menipu promosi produk seperti yang telah diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video ini:

Dari perkongsian oleh Ustaz Azhar Idrus ini, sifat jujur dalam perniagaan itu perlulah menjadi keutamaan kerana jika ada perkara yang tidak benar berlaku kepada produk jualannya, boleh jatuh kepada hukum haram atau jual beli tersebut meragukan. Ustaz Azhar hanya memberikan perumpaan ayam yang dipotong dan tidak spesifik kepada topik jualan air balang yang menggunakan stiker.

Kesimpulan dari perkongsian ini, hukum menggunakan balang dengan stiker seperti ini tidaklah terus dihukum haram secara total, namun sekiranya terdapat penipuan, contohnya gambar air milo pada balang, tapi yang dapat adalah coklat atau produk yang tidak sama secara penuh seperti dalam gambar boleh jatuh kepada haram atau tidak jelas. Para peniaga perlulah berhati-hati dan memastikan barangan yang dijual dalam keadaan baik sebelum dijual kepada pelanggan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top