Pekerja mana yang tidak gembira apabila diberikan penghargaan oleh majikan. Tidak kiralah penghargaan tersebut besar atau kecil, ianya pasti dapat mengukir senyuman pada wajah bekerja yang bersusah payah mengerah tenaga untuk menyumbang kepada syarikat.
Sememangnya tidak boleh dinafikan, pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh majikan untuk menghargai jasa pekerja. Ini seiring dengan pengorbanan yang ditunjukkan dan prestasi yang baik telah disumbangkan untuk organisasi. Baru-baru ini tular di media sosial tiktok apabila satu hantaran telah dimuatnaik oleh seorang pengguna yang bernama @sitinur. Dia berkongsi satu berita gembira yang jarang berlaku, dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf telah menerima penghargaan dari majikan berupa hadiah pakej umrah setelah Pakcik Yusuf ini bekerja selama 27 tahun.
Dalam muat naik@sitinur itu, dia menulis dengan ‘caption’
“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang” kongsinya ringkas di bahagian kapsyen muatnaiknya.

Bukan itu sahaja, dalam video tersebut, selain Pak Cik Yusuf, beberapa pekerja lain juga turut mendapat penghargaan dari majikan atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang bekerja di Petronas itu.
Berikut adalah video yang telah tular tersebut:
@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss
Bertuahnya dapat majikan yang bagus macam ni
Video tersebut lebih 206,000 tontonan dan komen lebih 400 termasuk tanda suka 21,000. Rata-rata netizen yang memberikan respon positif dan mengucapkan terima kasih kepada majikan sambil mendoakan yang terbaik untuk majikan dan pasukan pekerja Petronas Pendang.
Berikut antara komen yang telah diterima di ruangan komen:
Susah nak cari tokey macam ni, semoga stesen Petronas Pendang bertambah maju
Saya doakan owner yang sponsor ni takkan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah
Moga satu hari dapat jadi melayu islam yang berjaya jugak dan dapat tolong orang lain
alhamdulilah majikan yang baik, moga Allah limpahkan rezeki pada si pemberi dan menerima amin2
Wah terbaiklah. Ni yang kita mahukan dari pihak2 majikan. Reward untuk staf yang prestasi bagus dan lama
Terbaik majikan macam ni
Dalam dunia pekerjaan yang ada pada hari ini, kita dapat melihat juga sisi gelap berada dalam dunia makan gaji dimana ramai juga yang mengeluh tentang pendapatan yang tidak setimpal, dibuli majikan, dibuli staf senior dan sebagainya. Hal ini menyebabkan ramai juga yang tidak seronok lagi menjadi pekerja di syarikat berkenaan. Namun terpaksa meneruskan juga kerana bimbangkan akan periuk nasi sendiri.

Kita juga banyak melihat isu-isu pekerja yang tidak dihargai menyebabkan ramai pekerja meluahkan rasa tidak puas hati terhadap majikan, samada secara terbuka di media sosial atau tersembunyi. Oleh sebab itulah, bagi mereka yang bekerja dan mempunyai majikan seperti dalam kisah ini, ianya merupakan satu kelebihan dan keberuntungan yang telah diperoleh oleh seseorang pekerja itu.
Sekiranya anda sedang bekerja dan mempunyai majikan seperti ini, sudah pasti anda akan bekerja lebih lama dan sanggup berbakti untuk tempoh yang sangat lama seperti Pak Cik Yusuf sehingga 27 tahun ini.
Kesan dari tularnya video ini, ianya secara tidak langsung telah memberikan ‘exposure’ kepada Stesen Petronas berkenaan kerana berjaya menampilkan nilai positif dan orang ramai disekitar Pendang juga seronok untuk sama-sama menjadi pelanggan di Petronas itu.
Walaupun ianya bukanlah bertujuan untuk marketing, tetapi ianya adalah pendedahan yang baik dan memberikan pandangan positif secara tidak sengaja.