
Artikel ini akan berkongsi sebanyak 53 senarai nama sekolah yang aneh dan lucu untuk tatapan anda semua. Nama-nama sekolah ini bukan sekadar rekaan tetapi ianya realiti yang akan mengejutkan anda.
Keunikan ini wujud di Malaysia lantaran kepelbagaian budaya dan kaum yang berbeza di Negara ini. Ternyata nama-nama senarai sekolah ini cukup kelakar sebagai bacaan santai anda untuk hari ini.
Disebabkan kita mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa yang pelbagai, maka tidak pelik nama-nama sekolah sebegini wujud di Malaysia.
Kita sering melihat nama jalan yang pelik wujud di Malaysia, namun kali ini jom kita lihat senarai nama sekolah yang pelik yang kita anggap ianya satu perkara yang menarik dan unik. Kita percaya setiap nama yang diberikan pasti mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang masih belum dirungkaikan untuk tatapan umum.
1. SMK Bahasa Malaysia, Saratok Sarawak
2. SK Sama Gagah Pulau Pinang
3. SK Jerek, Kelantan
4. Sekolah Batu Lesung Melaka
5. SK Gunung Panjang
6. SK Pinangkau, Beluran
7. SK Seri Penang Hati, Kampung Parit Puteri Menangis
8. SK Seri Sabak Uni
9. SMK Kangkong

10. SK Desa Temu Jodoh, Johor
11. SK Monopod, Beluran
12. SK Pos Brooke
13. SK Lumba Kuda, Kuching
14. SK Sungai Sunyi
15. SK Sri Bunian, Pontian
16. SK Belokok
17. SK Bonggol
18. SMK Lunuk Janda, Janda Baik
19. SK Siakap Keli
20. SK Batang Benar
21. SMK Wakuba

22. SK Kurong Hitam, Kuala Nerang, Kedah
23. SK Biawak
24. SMK Bundu Tuhan, Ranau
25. SMK Pinggan-Pinggan Kota Marudu
26. SK Kampong Pek
27. SK Tundun Bau Hangin
28. SK Mandi Darah
29. SK Charuk Puting
30. SK Terongkongan
31. SK Oh, Jerteh
32. SMK Bawang Assan
33. SK Rumah Undi
34. SK Lubang Buaya
35. SK Suka Menanti
36. SK Baru Jumpa, Tenom
37. SK Buang Sayang

38. SK Nasib Baik, Johor
39. SK Cikgu Mior Shaharuddin, Kg Padang Penggal Perak
40. SK Permatang Kerat Telunjuk
41. SK Dato Akhir Zaman, Negeri Sembilan
42. SK Morni Pok, Gelang Patah
43. SK Pantai Boring
44. SK Jalan Sekerat
45. SK Mambang Pekan Pahang
45. SK Bongek Rembau
46. SK Bukit Anak Dara
47. SK Pak Pura
48. SK Budu, Lipis Pahang
49. SK Asam Pedas
50. SK Gas
51. SK Pulau Shanghai, Sandakan
52. SMK Bum Bum Semporna
53. SK Paris 3
Disebalik nama-nama sekolah yang pelik pasti ada kisah menarik sebelum sesebuah sekolah itu diberikan nama sedemikian. Namun nama sesebuah sekolah itu tidaklah menggambarkan bagaimana pelajar di sekolah tersebut. Nama-nama pelik ini hanyalah sebagai perkara lucu yang dijadikan sekadar gurauan dari orang luar berkenaan sekolah tersebut.
Apa yang paling bukan nama sekolah yang menjadi keutamaan tetapi sejauh mana seseorang pelajar itu berusaha untuk cemerlang dalam pelajara. Ini kerana jika anda cemerlang dalam pelajaran, sekaligus anda telah berjaya mengharumkan nama sekolah anda walau apa jua nama sekolah yang anda sedang belajar kini.
Sebagai masyarakat luar, kita hanya sekadar boleh mendoakan supaya sesebuah institusi pendidikan ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat berbakti dan salah seorang penyumbang kepada negara Malaysia suatu hari nanti. Itulah yang sepatutnya kita doakan.