Dikala remaja lain sedang seronok bersama keluarga bersantai dan bergembira dengan senang lenang. Ada remaja lain yang tidak menerima nasib yang sama sebaliknya masih berpanas hujan demi menyara nasib keluarga.
Begitulah kisah yang dilalui oleh Adik Ilham yang telah tular di youtuber gara-gara youtuber popular telah membuat hebahan menerusi channel yotube FS Channel dan menghulurkan bantuan buat adik berusia 16 tahun ini. Kisah adik ilham kembali tular kerana sebelum ini adik ini pernah tular ketika dia masih berumur 10 tahun.

Sebelum ini adik ilham telah tular berikutan keputusannya untuk membantu ibunya berniaga disebabkan tidak sanggup melihat ibunya bersendirian mencari rezeki demi menyara keluarga.
“Hampir 6 tahun Adik Ilham berniaga membantu ibunya sebab terlalu kasihan melihat ibunya bersusah payah berniaga untuk membayar sewa rumah dan bil” kongsi FS Channel berkenaan adik Ilham.
Setelah ditemuinya kini , dia dilihat masih berniaga pulut panggang dan nasi lemak di tempat yang sama di sekitar stesen Rapid KL Light Rail Transit (LRT) Setiawangsa.
“Pulut panggang ni hanya RM1, rasa dia padat dan sangat sedap. Ibu masak inti pulut panggang dalam tempoh 4 hingga 6 jam” kata adik Ilham.
Adik Ilham berkongsi dalam video berkenaan, ibunya memasak pulut panggang dengan sangat teliti dan terbaik untuk menjaga kualiti rasa dan tekturnya dan menjualnya dengan harga yang murah.
“Adik Ilham mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu di sekolahnya belajar kerana selalu membantu meringankan beban keluarganya apabila membeli kuih dan nasi lemak dengan jumlah yang banyak” Kongsi FS Channel.

Remaja 16 tahun itu turut meluahkan rasa syukurnya kerana sepanjang 6 tahun berniaga, masyarakat sekeliling sentiasa menyokongnya untuk mencari rezeki di stesen LRT Setiawangsa tersebut.
FS Channel telah membeli semua barang jualan Ilham pada hari tersebut dan juga memberi sumbangan bernilai RM700 kepada keluarga Adik Ilham bagi menyampaikan dari pihak pelanggan dan penonton channel itu.
Bagi anda yang menggunakan stesent LRT Setiawangsa boleh mencuba datang ke tempat Adik Ilham berniaga untuk membeli pulut panggang atau nasi lemak. Adik Ilham akan mula berniaga pada waktu petang.
“Saya tak pernah pegang duit sebanyak ini bang” Kata Adik Ilham yang tak dapat menahan sebak dan mengesat air matanya.
Dia akan mula berniaga disitu bermula jam 4.30 petang sehinggalah habis jualan, dan untuk hari Sabtu dan Ahad dia tidak berniaga.

Mengikut cerita dari Adik Ilham, dia terpaksa berhenti sekolah semasa tingkatan lima dan tidak mengambil SPM kerana terpaksa meringankan beban ibunya dan menjaga tiga lagi adiknya.
Menurut sumber dari BuzzKini, mereka telah bertemu dengan abang sulung Adik Ilhan bernama Firdaus Muhd Fazil yang kini berusia 20 tahun.
Kongsinya, ibunya akan memasak di rumah dan Firdaus akan membantunya termasuk juga membantu menguruskan adik-adik yang lain.
Firdaus menambah lagi, Ibunya yang bernama Rita Hasri sebenarnya bukanlah warganegara Malaysia tapi berasal dari Medan Indonesia. Sekarang ini mereka tinggal sekeluarga di sebuah rumah sewa 1 bilik di kawasan Keramat Kuala Lumpur dengan bayaran sewa RM400 sebulan. Hasil pendapatan perniagaan itu yang hanya sekitar RM1500, dengan duit itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka 5 beranak.

Kita doakanlah semoga adik Ilham dan keluarga akan terus dimurahkan rezeki dan berjaya mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Ilham cukup memberikan pengajaran buat kita semua.