Sebut sahaja Watsons sudah pasti ramai yang tahu dengan kedai ini, yang menjual pelbagai jenis produk penjagaan peribadi dan produk kesihatan.
Ada sesetengah pihak menganggap Watsons ini satu kedai yang “berhantu” bagi wanita. Mana tidaknya, tujuan asal masuk Watsons hanya mahu beli satu barang sahaja tetapi apabila keluar sudah penuh satu bakul dibelinya.
Memang tidak dinafikan kini “druggst0re” menjadi kedai pilihan ramai terutamanya untuk membeli produk kesihatan dan kecantikan. Perkara ini didorong oleh beberapa faktor antaranya adalah berkaitan dengan jaminan keselamatan kualiti dan harga produk tersebut.
Pernahkah anda perasan apabila berkunjung ke Watsons para pekerja akan menyambut anda dengan senyuman dan bakul di tangan mereka untuk diberikan kepada anda.
Adakalanya, pelanggan akan menolak huluran bakul yang diberikan. Namun sebenarnya, ramai yang tak tahu bahawa pekerja-pekerja tersebut bukannya ‘busy body’ sengaja mengekori anda atau mahu ‘menyusahkan’ anda dengan memberikan bakul untuk dibawa.
Sebaliknya, menurut individu yang dipercayai merupakan pekerja drugst0re mendakwa bahawa pemberian bakul itu merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai KPI mereka.
“Jika korang pergi ke Watson, tolong jangan tolak memberian bakul yang kami berikan kerana ia berkaitan dengan KPI kami, walaupun korang hanya beli satu barang. Kami sangat gembira bila korang ambil bakul daripada kami.”

Daus memaklumkan bakul itu digunakan untuk mengesan berapa banyak peratusan pelanggan yang menggunakan bakul dalam sehari.

Daus turut berseloroh dengan meminta orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang pelik-pelik.

Pelawaan memberi bakul kepada pelanggan ini dibuat dengan cara yang bukan paksaan.

Daus turut menyatakan bahawa pekerja yang bagus harus mencapai KPI yang telah ditetapkan kepada para pekerja.

Ciapan simple tersebut tular dan mendapat lebih daripada 14k ulang kicau dan 10k tanda suka. Malah ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari warga net yang rata-rata tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Lepasni beli satu barang pun mintak bakul.

Baru tahu. Ya Allah..Maafkan Aku Wahai Semua Pekerja Watsons

Cuak bila cashier scan bakul.

Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada Daus atas pencerahan ini. Mungkin ramai diantara kita belum tahu apa sebabnya diberikan bakul. Jika anda adalah salah seorang yang baru tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain supaya ramai lagi yang tahu mengenai perkara ini.
Selalu gak g watson..tp mmg ambil sendiri basket tu..sbb kadang2 pekerja watson busy susun barang.. Lg bagus jika staff watson x follow sbb x selesa nak pilih,nak belek2 barang😁..tp jika dia org follow xpelah…ok jer..