Penyanyi Ella yang sangat popular pada era 80-90 an adalah nama tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Jolokan nama ratu rock malaysia adalah gelaran popular beliau sebagai pelopor wanita terawal dalam industri lagu rock.
Penyanyi yang memiliki suara serak basah ini turut popular dengan lagu-lagu hits beliau seperti Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In The Eyes Of The World dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik, mencecah usia 50-an pada tahun ini, beliau tetap relevan dan diminati ramai kerana kebolehan beliau menyanyi dengan baik sehingga ke hari ini.
Kongsi Ella atau nama sebenar beliau Nor Zila Aminuddin,
“Niat saya hanya untuk mendidik masyarakat dan cuba untuk menjadi inspirasi kepada anak muda” Kata Ratu Rock berkenaan.
“Kini sudah sampai waktunya untuk saya berbakti kepada tanah di tanah air sendiri dengan menghasilkan pelbagai jenis tanaman”.
Kata Ella, perniagaan ladang cili ini dikongsi bersama suaminya ,Azhar Ghazali. Mereka mengusahakan tanaman fertigasi cili semenjak dua tahun lepas lagi. Perniagaan pertanian ini memerlukan modal pusingan RM150,000 melibatkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
Kongsi Ella “dalam masa setahun, kami dapat menghasilkan dua musim, setiap musim bermula dengan peringkat semaian sehinggalah menuai, ianya mengambil masa selama enam bulan. Tanaman ini, kami gunakan benih cili kulai jenis 461 yang mempunyai kualiti yang baik” Ella ketika ditemuramah di ladangnya kawasan Puncak Alam.
“Syukur Alhamdulilah, hasil tanaman ini sudah masuk musim keenam, dimana setiap ladang ini boleh menghasilkan pengeluaran sehingga 8 tan cili.
Tambah Ella lagi, “Setiap ladang ini mempunyai keluasan 0.4 hektar yang boleh menanam sekitar 5000 pokok cili dengan menggunakan beg semaian. Setiap pokok cili ini dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang lima hingga enam inci.
Kongsi Ratu Rock itu lagi, “sebelum saya berkecimpung dalam bidang ini, saya dan husband banyak juga membuat penyelidikan dan cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan tanaman fertigasi cili. Saya pun ada masuk kursus asas pertanian juga”
“Kalau ikutkan memang sejak dari kecil lagi, saya ni memang dah suka bercucuk tanam, macam pokok bunga yang saya tanam di keliling rumah. Kebetulan pula, suami saya pun ada minat yang sama, sama sama suka bertani walaupun kami ni tiada asas pertanian”.
Sesi temuramah ini juga, ada bertanya tentang status karier nyanyian yang telah diceburinya sejam 34 tahun yang dulu, Ella memberitahu, bidang nanyian yang dah ceburi lama tu akan saya jadikan kerjaya utama bersama-sama dengan perniagaan pertanian ini. Kerana telah meminati industri berkenaan dari dulu lagi.
Ella menambah, “saya sangat yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan yang berbaloi dan lumayan sekiranya kita lakukannya secara bersungguh-sungguh disamping mengikuti ‘Standard Operation Prosedur’ (SOP) yang telah ditetapkan.” Kongsinya.
“Saya sangat menggalakkan lebih ramai anak muda diluar sana untuk turut juga terlibat dalam bidang pertanian ini kerana ianya menjanjikan masa depan yang baik, sekaligus mengurangkan kadar keperluan kita terhadap cili import” katanya.
“Saya tetap akan terus menyanyi, ini minat saya sejak budak lagi dan dalam masa yang sama, saya akan memantau perkembangan ladang cili ini supaya tak jadi separuh jalan”.
“Kecanggihan teknologi pertanian yang wujud kini mampu menjadikan bidang pertanian berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos sumber manusia, bukan itu sahaja, ia juga boleh meningkatkan kecekapan sekiranya terdapat cabaran dalam bidang pertanian”.
Sementara itu, suami Ella pula berkata, bagi tanaman musim kali ini, kita menggunakan sistem perladangan pintar yang menggunakan aplkasi ‘Internet Of Things (IoT) , ianya membolehkan parameternya dapat dipantau melalui komputer dan telefon pintar.
Tambah Azhar lagi, “apa yang lebih menarik, semua parameter ini dipantau melalui komputer dan smartphone, jadi IoT ini memberikan manfaat kepada fertigasi cili dalam usaha menjaga dengan lebih bermaklumat”.
Menurut Azhar, selain kita boleh mengelakkan pembaziran dan mengurangkan ‘operation cost’, hasil pertanian ini juga dapat mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti kerana mendapat air dan baja dalam kualiti yang mencukupi mengikut piawaian yang ditetapkan. Ini termasuklah penggunaan bahan kandungan omega 3.
“mudah nak pantau, penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili dan pendedia kelembapan tanah pula kita letakkan dalam sabut kelapa pada bahagian pangkal pokok cili, ini secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi IoT ini,” kongsinya.
“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan di supermarket, di kedai runcit termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.
“Dengan menggunakan kaedah aplilasi IoT, ia juga dapat meningkatkan hasil pertanian sehingga mencecah tiga kilogram bagi satu pokok cili, kelebihan ini dapatlah memenuhi ‘market demand’ cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia, seperti yang ada dalam cili import” Katanya.
Sebagai aktiviti tambahan,” kami turut mengadakan khimat konsultasi kepada usahawan yang mahu menjalankan perniagaan pertanian fertigasi cili”, kongsi Azhar
“Untuk perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan berusaha untuk menambah ladang di kawasan berdekatan”.
Pada masa sekarang, sektor pertanian tidak boleh lagi dipandang remeh, kalau dibandingkan zaman dahulu, aktiviti bertani hanya sekadar untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Tapi sekarang ianya adalah perniagaan yang mampu memberikan peluang pekerjaan disamping memberikan pulangan yang lumayan.