Genap 11 Tahun Dia Pergi. Luahan Rindu Pok Ya Cong Codei Kepada Isteri

Siapa yang tidak kenal dengan nama Sabri Yunus, seorang pelakon dan pelawak yang tidak asing lagi dalam dunia seni. Beliau bukan sahaja seorang pelakon, malah seorang pelawak, pengarah, pengacara dan penulis skrip.

Nama beliau mula meningkat sejak akhir-akhir ini hasil dari karya beliau sendiri siri dalam drama Pok Ya Con Codei. Beliau mula menempatkan diri dalam industri seni dan bermula sejak di bangku sekolah lagi. Beliau telah memenangi juara lawak antara kelas dan sangat popular dalam kalangan kawan-kawan dan guru kerana sikapnya yang suka berlawak.

Sabri Yunus telah berkahwin dengan Norraya Mohd serta dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Saidi, Syamimi dan Syazni. Saidi adalah anaknya yang membawakan watak Halim dalam Drama Pok Ya Con Codei.

Beliau mula serius dalam dunia lakonan hasil penglibatannya dalam dunia teater di Dewan Bahasa dan Pustaka dan nama beliau meningkat popular selepas kemunculan beliau dalam Sitcom Pi Mai Tang Tu yang ditayangkan di tv3.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau telah kehilangan isteri tercinta pada tahun 2007 yang lalu. Norraya isteri beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 45 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Norraya mula menghidap penyakit setelah menjalani pemeriksaan darah dan Sabri dimaklumkan kanser tersebut sudah berada di tahap empat. Pada bulan Disember kemudiannya, arwah telah menjalani pembedahan kemudian dimasukkan semula ke hospital semula.

Sabri berkongsi, arwah telah meninggạl pada jam 2 pagi namun Sabri dan keluarga tidak berada disisi arwah.

“Waktu itu kami tak sedar sebab pukul 2 pagi, kami tak tahu keadaan dia macam mana” kongsi Sabri. Tetapi pada ketika itu doktor yang merawat isterinya telah memaklumkan tanda-tanda Norraya akan pergi memang sudah diketahui.

“Dah memang tahu, sebab doktor dah cakap, jadi sudah nampak tanda-tanda dia nak pergi” cerita lagi Sabri dengan tenang.

Kemaskini terbaru dari Sabri Yunus mengenai arwah isterinya di instagram telah membuatkan netizen rasa sebak. Sabri berkongsi bahawa hari ini telah genap 11 tahun pemergian arwah.

Ini antara ciapannya di lama instagram.

9 Ogos….

Genap 11 tahun dia pergi

Menutup mata dikatil wad CCU HUKM

Tanpa kami sedari

Dalam ratib dan ratap

Keluarga dan sahabat

Antara 12.30malam – 1.00pagi

Antara senyumnya dan tangis kami

Semoga damai di Syurga menanti….

Begitulah petikan coretan Sabri Yunus di Instagramnya.

Maka genaplah 11 tahun pemergian isteri Sabri Yunus tercinta.

Setiap dari kita pasti akan ingat kepada insan tersayang yang telah pergi, apatahlagi insan itu adalah orang yang bersama-sama kita ketika susah dan senang. Memori itu akan dikenang sampai bila-bila kerana insan itulah juga yang telah melahirkan zuriat kepada beliau dan membesar mereka bersama-sama.

Kejayaan Sabri Yunus dalam siri Pok Ya Con Codei kemudian disambung lagi dalam drama berbentuk rangkaian berepisod “Pok Ya Con Codei Memburu Siti” telah mendapat sambutan penonton yang luar biasa. Plot twist yang muncul dalam cerita tersebut membuatkan penonton mengikuti perjalanan ceritanya sehingga ke episod akhir.

Setelah babak terakhir drama bersiri itu, ramai yang berharap siri itu dapat disambung semula mengenai anaknya pula yang membawa watak Halim sebagai individu yang telah melindungi Pok Ya sepanjang cerita itu.

Menerusi karya ini, Sabri Yunus telah membuktikan bahawa, walaupun karya tersebut bersifat kenegerian kerana kesuluruhan drama tersebut dilakonkan dalam loghat Kelantan, namun ianya tetap mendapat sambutan dalam arus perdana kerana perjalanan cerita dan pelakon yang membawakan watak tersebut cukup menarik dan berkesan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top