Usia Baru 21 Tahun Pemuda Ini Jana RM21,000 Sebulan Dengan Berkebun

Zaman kini kebanyakan orang muda yang telah menamatkan pelajaran mahukan kerja yang dilihat glamour dan bergaya.

Ini termasuklah pekerjaan seperti bekerja di pejabat, berpakaian segak, berkolar dan boleh dikongsikan di media sosial sebagai tanda sudah berjaya.

Namun hakikatnya, ianya adalah bayangan di media sosial semata mata, realitinya, ramai dalam kalangan pekerja sekarang berada dalam keadaan kesulitan kewangan yang parah, gaji tidak setimpal dengan pekerjaan dan menanggung komitmen yang tinggi.

Semuanya semata-mata kerana inginkan kerja yang glamour. Zaman sekarang ini, tidak ramai yang melihat pekerjaan sebagai petani adalah pekerjaan yang menarik.

Hal ini kerana, ianya dilihat tidak menjamin masa depan, kerja yang memenatkan, tidak boleh nak bergaya dan terpaksa mengotorkan diri dengan tanah dan berpanas di bawah matahari.

Perkongsian kali ini, pastinya akan membuka mata anda bahawa hanya menjadi petani pun mampu menghasilkan pendapatan yang luar biasa malah berkali ganda dari bekerja dalam sektor lain.

Dua orang petani muda ini telah mendedahkan bahawa ramai masyarakat sekarang ini tidak tahu bahawa petani moden zaman sekarang mampu memperoleh hasil yang lebih lumayan ,tambahan pula turut mendapat bantuan kerajaan untuk menyokong aktiviti hasil pertanian.

Pemuda yang bernama Ahmad Faiz Fadhli ,21 berkongsi , beliau sudah terlibat dalam dunia pertanian sejak 4 tahun yang lalu.

Beliau mengusahakan tanaman sayur yang dimiliki keluarganya. Kemudian hasil pertanian tersebut dijual kepada pihak pemborong negeri.

Ahmad Faiz yang berasal dari Kedah itu berkata lagi, kerjaya sebagai petani selalu dipandang rendah oleh masyarakat dan dianggap kerja yang memperoleh pendapatan yang sedikit.

Kongsi beliau, kebiasaanya, hasil sayur kami dapat menjana sehingga RM6000 sebulan. Walaupun harga sayur sekarang turun naik, kami masih dapat sekitar RM3000 ke RM4000 sebulan .

Faiz berkata, kerja sebagai petani ini agak memenatkan kerana terpaksa berada di kebun dari pagi hingga ke petang untuk menguruskan ladang sayur.

Kerja sebagai petani ni tiada cuti, kalau kami cuti sehari sekalipun, habislah pokok sayur kami nanti boleh mati.

Mungkin itulah antara sebabnya,kenapa golongan muda tidak berminat dengan kerjaya ini meskipun pendapatannya agak lumayan. Sebagai petani, kita mesti kena kerja kuat,barulah hasilnya berbaloi.

Sebagai petani sangat beruntung, kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya. Bantuan boleh diperolehi dari pelbagai sudut, samada bahan bahan, sistem dan modal.

Kata Faiz ” Ramai golongan muda macam saudara mara saya di Kuala Lumpur juga berminat dengan bidang pertanian, tetapi ada kekangan iaitu tiada tanah ,modal dan ilmu dapat bidang pertanian

Kerajaan dah sediakan banyak bantuan seperti meracun ,mesin tempat menyimpan barang dan juga tapak tanaman. Selain itu kerajaan juga menyediakan kelas kepada petani.

Kongsi Faiz “di kedah , 1 ekar tanah untuk bertani sewanya ialah Rm1000 ke Rm1200 setahun”

Selain kisah tentang Faiz, pemuda dari Kelantan ini juga turut berkongsi pengalaman yang sama.

Mohd Mazlan Mat Pandi mengusahakan pertanian sawah di Kelantan. Beliau yang berusia 25 tahun itu menjadi pesawah sepenuh masa dan menguruskan tanah sawah sebesar 30 ekar.

Pendapatan yang diperolehi memang lumayan kerana kenaikan harga padi di pasaran ketika ini.

“Untuk mendapatkan pekerjaan sekarang ini agak sukar, kalau lulusan diploma macam saya ni kalau kerja pun dapat gaji RM1500 sahaja

berbeza jika mengusahakan padi ini, purata pendapatan untuk 1 ekar tanah boleh dapat hasil dalam 3 tan padi. Hasilnya boleh jana RM3000 dalam masa 120 hari.

Cerita Mohd Mazlan ” Saya mempunyai 30 ekar tanah sawah dan hasil yang saya dapat dalam masa 4 bulan sekitar RM90,000 semusim belum tolak modal dan kos upah orang.

Sekarang padi dituai dua musim dalam masa setahun dan hasil ini juga bergantung kepada bekalan air yang mencukupi ” Kata Mazlan.

Mazlan turut mempelawa golongan muda untuk menceburi bidang ini

“kita jangan tunggu peluang pekerjaan yang makin susah nak dapat sekarang, kita boleh cari peluang lain seperi bidang pertanian yang banyak peluang sekarang ni

saya selalu berkongsi pasal ilmu pertanian kepada sesiapa sahaja yang berminat terutamanya golongan muda di negeri Kelantan ini .

” Di Kelantan ramai anak muda sekarang telah mengusahakan tanaman pertanian masing-masing kerana bantuan dari kerajaan terlalu banyak terutamanya dari segi bantuan ilmu dan infrastruktur pertanian” Kata Mazlan.

Sebagai orang muda, kita sendiri mesti cari inisiatif untuk dapatkan bantuan dari kerajaan.

Kita juga boleh jadikan negara Jepun dan Korea sebagai contoh negara yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan negara.

1 thought on “Usia Baru 21 Tahun Pemuda Ini Jana RM21,000 Sebulan Dengan Berkebun”

  1. Black panda sabah

    Terbaik anak muda…
    Terus kan usaha anda…
    Terus kan pjuangan…
    Semoga Allah mencucuri Rahmat hasil usaha anda d dunia Dan akhirat…
    Aamiin yarabballamin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top