Info yang menarik untuk dikongsikan kepada anda kali ini adalah cara untuk kenal warna kuning telur. Tahukah anda warna kuning telur adalah berbeza-beza?
Anda mungkin mengalami perkara yang sama seperti ini. Membeli telur jenis A sebagai contoh tidak sama warna kuning telur dengan jenis B. Betul bukan?
Penting Periksa Dahulu Kuning Telur Sebelum Masak!
Bila sudah pecahkan telur sebelum masak pernah tak kita periksa dahulu warna kuning telur itu? Sebenarnya sangat penting untuk kita periksa dahulu warna kuning telur itu bukannya terus masak.
Warna kuning telur bergantung kepada apa makanan yang dah diberi kepada ayam. Jika ia mempunyai diet yang seragam berdasarkan semata-mata pada bijirin, kemudian kuning telur akan menjadi warna kuning pucat.
Jika diet ayam mengandungi jagung, tumbuh-tumbuhan, dan serangga, maka warna akan mempunyai lebih kepada warna oren.
Kuning Oren Terang Telur Terbaik
Secara kesimpulannya telur yang terbaik adalah telur yang mempunyai kuning oren terang kerana ia mengandungi jumlah maksimum bahan kimia yang badan kita perlukan.
Semakin kurang bahan kimia semakin baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi, buatlah pilihan yang bijak kerana itu akan menjamin kesihatan kita pada masa akan datang. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.