Tak Perlu Pergi Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM Baru CIMB Secara Online

Adakah ada di antara anda yang ada masalah kad atm cimb tidak dapat digunakan lagi,mungkin atas faktor telah tamat tempoh atau menghampiri tamat tempoh. Paling merumitkan, anda pula tiada masa untuk pergi ke mana- mana cawangan bank CIMB.

Anda tidak perlu risau lagi, hanya beberapa langkah mudah, anda boleh melakukan proses menukar kad atm CIMB secara dalam talian sahaja.

Ada beberapa syarat untuk melakukan proses penukaran kad debit ini secara dalam talian.

Syaratnya ialah anda boleh lakukan proses penukaran ini hanya untuk kad yang telah tamat tempoh dan kad yang bakal tamat tempoh dalam masa 3 bulan lagi. Anda juga tidak perlu risau ,tiada bayaran dikenakan untuk menukar kad debit ini.

Mudah sahaja, ini dia langkah untuk menukar kad debit/atm CIMB.

1. Terus layari ke laman web cimb melalui pautan www.cimb.com/renewal. Selepas da sampai ke laman ini, anda klik ‘click here to renew now’.

2. Masukkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan anda dan 4 digit terakhir no kad debit anda yang telah tamat tempoh itu, kemudian klik proceed.

3. Kemudian anda akan menerima nombor OTP yang akan dihantar ke no telefon anda. Masukkan OTP berkenaan untuk pengesahan. Kemudian klik ‘confirm’ untuk langkah berikutnya.

4. Langkah seterusnya anda boleh pilih samada untuk menerima kad baharu melalui pos atau ambil sendiri di mana mana cawangan CIMB BANK berdekatan. Contoh dalam gambar ialah penulis memilih untuk kad baharu dihantar melalui pos.

5. Langkah terakhir, masukkan alamat untuk penghantaran kad baharu anda dan anda klik ‘proceed’ dan klik ‘yes’ untuk pengesahan terakhir.

Mudah kan? dalam masa 14 hari bekerja anda akan menerima kad debit/atm CIMB anda.

Selepas anda terima, anda boleh pergi ke mana mana mesin ATM CIMB untuk membuat percubaan penggunaan dan masukkan pin kata laluan melalui mesin ATM.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda memudahkan urusan ,jika tidak berkesempatan untuk menukar kad ini melalui mana mana cawangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top