Siapa yang pernah menonton Drama atau Filem Gerak Khas dulu pasti mengenali wajah ini. Ternyata orangnya bukan biasa-biasa.
Ada yang beranggapan beliau hanya polis yang berlakon, namun anggapan anda itu silap. Beliau sememangnya seorang anggota polis kanan iaitu Datuk Shaharon Anuar yang kini sudah pun bersara.
Membawa watak ASP Saiful dalam siri Gerak Khas itu merupakan watak awal yang dibawa beliau dan ianya adalah tugas sebenar beliau. Sekiranya anda merupakan peminat sebenar siri Gerak Khas dari dulu sampai sekarang pasti akan mengenali watak ASP Saiful ini.
Ianya adalah gambaran keperibadian sebenar Senior Asistant Komisioner (SAC) Datuk Shaharon Anuar Bin Abdul Latif. Watak yang dibawanya ini adalah seorang pegawai kanan Polis yang tegas, berdisiplin dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama beliau disenangi oleh pegawai dan anggota polis lain yang dibawah pimpinannya.
Beliau berkata, Datuk Shaharon Anuar mula terlibat dengan dunia komersial sebagai model iklan sebelum menampilkan diri secara sulong dalam filem dan drama terbitan Skop Production Sdn Bhd.
Walaupun beliau memegang status sebagai seorang pegawai polis kanan, beliau dikurniakan bakat besar dalam bidang lakonan.
Beliau berkongsi” kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai seorang detektif dalam Filem Pemburu Bayang yang diterbitkan pada tahun 1992″, kongsinya
“Pertama kali saya terlibat semasa menjadi bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser Jungle Out There pada tahun 1989
Berkongsi serba sedikit tentang permulaan beliau melibatkan diri dalam siri Gerak Khas, ianya bermula pada tahun 1998
“Pada peringkat awal, saya sebagai penasihat teknikal yang memberikan pandangan agar drama gerak khas itu wujud watak pegawai polis yang memakai uniform dan detektif yang tidak mengenakan uniform, maka terhasillnya drama bersiri Gerak Khas”
“Pada masa itu juga, penerbit Datuk Yusof Haslam membuat drama bersiri seperti Hawai Five O yang dianggotai oleh polis yang tidak memakai uniform.
Walaupun beliau membawakan watak pembantu, kemunculan Shaharon Anuran telah mendapat perhatian penonton dalam drama bersiri popular itu.
“Ramai juga pegawai atau anggota polis yang telah menyertai PDRM kerana memberitahu minat mereka terhadap polis adalah faktor dari drama bersiri Gerak Khas. Minat mereka bermula dari drama tersebut”
Kongsi beliau lagi, dalam siri Gerak Khas juga, banyak mesej yang disampaikan yang membawa kebaikan untuk penonton.
Mengenai pembahagian masa semasa di set penggambaran dan tugasan harian,
Beliau menyatakan, pihak produksi telah menyusun jadual penggambaran di mana mereka mengumpulkan semua babak atau adegan yang hanya melibatkan Shaharon Anuar sahaja.
Beliau juga mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugasan.
Menurut beliau, melakonkan watak polis bukan satu perkara yang membebankan kerana saya sendiri pun seorang anggota polis, Ia adalah perkara biasa dan sama sahaja seperti dalam tugas harian.
“Saya berlakon di luar waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Keterlibatan saya dalam bidang ini menuntut saya untuk melupakan waktu rehat dihujung minggu bersama keluarga kerana saya perlu berada di lokasi penggambaran”
Walaubagaimana, amanah saya membawa watak polis PDRM ini tidak boleh mencemarkan imej polis itu sendiri dan boleh dilakukan diluar waktu bekerja.
” Pihak produksi akan kumpul semua babak yang melibatkan saya dalam masa sehari. Di anggarkan ada 15 hingga 20 babak satu hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam , kadang-kadang membawa sehingga ke pukul 2 pagi, kongsinya.
Penglibatan beliau agak berbeza dalam tugas seni ini, kerana beliau perlu membawa watak polis dan dalam masa yang sama berperanan sebagai penasihat teknikal kepada seluruh pasukan penerbitan.
“Saya perlu baca semua skrip, tengok dengan terperinci jalan cerita untuk memastikan segalanya teratur. Berbeza dengan pelakon lain hanya fokus dengan watak sendiri sahaja”
Beliau memaklumkan, beliau sangat senang bekerjasama dengan seluruh pasukan produksi drama Gerak Khas.
Beliau juga merancang untuk membina syarikat produksi sendiri selepas bersara. Datuk Shaharon Anuar secara rasminya telah bersara pada 1 Ogos selepas berkhidmat selama 38 tahun dan jawatan akhirnya ialah Ketua Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur dengan pangkat Senior Asistant Komisioner (SAC).
“Sekiranya berpeluang, saya akan meneruskan kerjaya lakonan dengan membuka syarikat produksi sendiri, mungkin juga dalam bidang korporat.
Beliau dalam perancangan untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas bersara nanti.
Beliau tidak akan melupakan kenangan manis semasa berlakon dalam filem ‘Gerak Khas The Movie’ pada tahun 2001 dahulu.
Walau hanya sekadar pelakon pembantu, ia tetap menjadi kenangan manis buat beliau.
Kisah perjalanan karier Datuk Shaharon Anuar ini wajar dijadikan contoh kepada kita. Kepada mereka yang mempunyai bakat dan meminati dunia seni, tidak salah untuk menceburinya dan dijadikan kerjaya sampingan, asalkan tidak mengaggu tugas harian. Ini juga merupakan nasihat buat penjawat awam yang perlu sentiasa menjaga nama baik jawatan yang dipegangnya itu.