Dalam zaman kesukaran sebilangan besar rakyat negara ini, ditambah lagi dengan cabaran ekonomi yang meruncing ketika ini, ramai rakyat negara ini terkesan akibat penutupan premis perniagaan tidak kiralah premis kecil atau berskala besar seperti kilang-kilang gergasi. Pandemik Covid-19 adalah antara pencetus lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup dan pekerja lah yang menjadi mangsanya.
Kisah penemuan seorang lelaki ini cukup membuat kita rasa sedih dengan nasib rakyat negara ini yang terpaksa mengikat perut dan melakukan sesuatu diluar jangkaan kerana masalah tiada duit.
Kerana masalah kewangan yang melanda diri, pemuda ini telah bertindak berjalan kaki bermula dari Selayang hingga ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana ingin pulang ke kampungnya di Sarawak.
Situasi itu telah tersebar dan sampai hingga ke pihak aktivis masyarakat Mr Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, ini berikutan kakak kepada pemuda itu telah memohon bantuan dari Uncle melalui pesanan WhatsApp.
“Saya tak tahu dia dah berjalan sampai mana”
Menurut perkongsian Uncle Kentang, mujurlah pasukan beliau berjaya menemui pemuda itu yang sedang berada berhampiran Jalan Kuching sebelum dibawa ke KLIA untuk mengejar jadual penerbangan pada jam 5 petang.
“Poket dah tiada duit, Kilang tempat bekerja sudah ditutup 3 bulan”.
Perkara itu tular selepas Uncle Kentang memuatnaik perkongsian mengenai pemuda itu di laman sosialnya.
“Fligt dia 5.00 petang, kalau ikut google map, dia akan ambil 16 jam untuk sampai ke KLIA dan sudah pasti akan tertinggal flight” katanya
Uncle Kentang berkongsi, pemuda berkenaan turut diberikan wang poket RM200 untuk mengisi perut yang sedang kelaparan dan membayar tambang apabila sampai di Sarawak nanti.
“Tak mampu nak membayar duit teksi atau Grab untuk ke KLIA”
Anak sarawak akhirnya pulang ke rumah.
Tindakan mulia Uncle Kentang telah mendapat pujian warganet di laman facebook beliau, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih serta mendoakan Uncle terus dimurahkan rezeki.
Berikut adalah antara reaksi warganet di ruangan komen.
Im a Sarawakian, Thank you Uncle may God grant you good health n bless you
Bersusah-susah dulu bersenang senang kemudian
Uncle kalau pergi Sarawak, nanti mesti ramai payong Uncle
Terima kasih kepada Uncle Kuan Chee Heng, Jasa mu takkan orang Sarawak lupakan, ini baru terbaik
Thank you on behalf of sarawakian. Semoga Uncle & Team sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah Amin.
MasyaAllah susah orang lain sampai tekad pergi jalan kaki nak ke KLIA.
Mujur ada kakak yang perihatin
Begitulah kisah pemuda ini yang dikira cukup beruntung kerana mendapat pertolongan tanpa disangka. Sikap pemuda ini yang sanggup berjalan ke KLIA adalah menggambarkan betapa terdesaknya beliau pada ketika itu. Mungkin dia sudah tiada cara lain lagi untuk pergi ke lapangan terbang tersebut dan itulah pilihan terakhirnya. Namun begitu semangat tekad pemuda ini harus dipuji walaupun tindakannya itu mungkin akan menyebabkan dia akan ketinggalan kapal terbang.
Semoga nasib yang lebih baik bakal diterima buat pemuda berkenaan. Kita doakan semangat pemuda berkenaan dapat diteruskan dalam apa juga bidang yang dilakukannya selepas ini. Bantuan yang diberikan oleh Uncle Kentang juga sememangnya satu tindakan yang cukup mulia, Uncle cukup terkenal dengan pelbagai kerja-kerja kebajikannya. Malah tindakan beliau menghantar pasukannya cukup luar biasa dan dilihat cekap mencari jejak.