Patutlah Garing Aje Baju. Tular Video Kedai Dobi Guna Tong Gas Untuk Keringkan Baju? Ramai Mula Risau

Kebiasaanya kita akan mencuci baju di kedai dobi berikutan beberapa sebab. Antaranya jika kita ingin membasuh lambakan baju dalam kuantiti yang agak banyak, mungkin kerana nak balik kampung, mesin basuh rosak, tiada mesin basuh dan beberapa sebab lagi.

Jadi normalnya kita akan sanggup luangkan masa untuk mencuci pakaian kita di kedai dobi, dengan harapan baju dan kain yang dibasuh akan bersih dengan puas hati. Itulah harapan setiap pelanggan yang mendapatkan khidmat dari kedai dobi.

Namun kisah ini berbeza pula, apabila telah tular di Twitter seorang individu telah mendedahkan satu modus operandi yang ramai dalam kalangan kita tidak tahu tentang sesetengah pengusaha dobi yang bertindak menggunakan gas asli dapur masak sebagai bahan untuk memanaskan proses pengeringan baju.

Dalam posting di Twitter tersebut, individu itu telah mendakwa ramai rupanya pengusaha dobi telah mengambil alternatif yang lebih murah dengan cara menggunakan tong gas memasak sebagai cara untuk pengeringan baju.

Setelah pendedahan itu dilakukan, ia mula tular dan telah mendapat respon hangat dari netizen di Twitter, kaedah ini adalah salah satu strategi untuk menjimatkan bil elektrik dan kaedah ini dapat menjimatkan kos perniagaan mereka.

Sebenarnya penggunaa tenaga elektrik adalah lebih selama dalam proses penjanaan haba.

Berikut adalah video di twitter yang telah tular tersebut:

Individu yang melakukan pendedahan tersebut ada juga menyatakan contoh-contoh kes kemalangan yang telah berlaku di kedai dobi akibat insiden let0pan gas dan telah merekodkan kehilangan nyawa kerana sifat cuai oleh pengusaha dobi ini.

Individu ini turut menasihatkan supaya ketika kita pergi mencuci baju di kedai dobi, sebaiknya setelah selesai meletakkan baju atau pakaian di dalam mesin, kita sebaiknya tidak terus berada di kedai dobi dan sebaiknya duduklah di dalam kereta sambil menunggu proses mencuci dan mengering selesai. Ia sangat penting untuk keselamatan, tambahan lagi jika kita membawa anak kecil.

Berikut anda respon netizen mengenai pendedahan itu:

Melihat sahaja di ruangan komen, ramai netizen yang telah menyatakan bahawa mereka baru sahaja tahu mengenai perkara ini dan tidak menyangka gas yang digunakan untuk tujuan memasak digunakan untuk aktiviti ini di kedai dobi.

Ini antara komen lain yang diterima :

Memang pakai gas pun, tapi cara direct macam ni dah dikira salah. Pakai gas 14KG ni pun satu kesalahan. Tong gas sepatutnya kena duduk satu tempat di luar bangunan, hanya pipe sahaja boleh disambung ke mesin dryer tu.

Memang kebanyakan kedai dobi pakai tong gas ya. Tiap kali basuh atau keringkan baju, memang tak duduk lah dalam kedai dobi macam ni

Kesan dari tularnya video itu, para netizen turut menggesa pihak berkuasa yang berperanan menjalankan tanggungjawab untuk memantau aktiviti ini dari terus berleluasa demi keselamatan pelanggan di kedai dobi. Hal ini kerana ramai dalam kalangan pengusaha dobi tidak mengikut ‘Standard Operation Procedur” (SOP) yang ditetapkan.

Kita mahu mengelakkan dari kemalangan berlaku, dan memelihara hak kita sebagai pengguna.

Berikut adalah tips yang kita boleh amalkan sekiranya kita menggunakan tong gas baharu di rumah.

1. Kita perlu pastikan tong gas memasak dalam berkeadaan menegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas berkenaan.

2. Semasa hendak memasak tong gas tersebut, pastikan pintu atau tingkap dalam keadaan dibuka untuk tujuan pengaliran udara.

3. Kedudukan dapur dan gas hendaklah jauh dari langsir kerana dikhuatiri boleh menyambar api

4. Jangan meninggalkan dapur yang sedang terbuka tanpa pengawasan. Keadaan api dapur yang sedang dibuka perlu diawasi setiap masa

5. Sila matikan kepala gas jika anda akan meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama

6. Dapur memasak yang digunakan mesti lebih tinggi dari tong gas

7. Semasa anda ingin memasang kepala tong gas, sila pastikan gelung getah berada pada injap tong gas.

Pendedahan ini adalah satu perkara baru untuk kita, dan sekiranya berlaku perkara sebegini, kita perlu bertindak sewajarnya demi keselamatan kita dan komuniti kita. Kita tidak mahu membiarkan pihak yang sekadar ingin mengaut keuntungan tidak mempedulikan soal keselamatan orang awam. Sekiranya kita mengetahui bahawa ada kedai dobi yang tidak mengikuti peraturan keselamatan, kita boleh adukan perkara ini kepada bahagian Aduan Pengguna di KPDNHEP berkaitan dengan hal ehwal pengguna. Isu ini berkait dengan keselamatan dan penipuan perkhidmatan sekiranya ada.

Anda boleh hubungi di talian bebas tol (1-800-886-800) ataupun menggunakan sistem aduan pada pautan https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top