Starbucks merupakan jenama cafe atau kedai kopi terkenal di seluruh dunia. Apabila pergi ke Starbucks ada antara daripada kita mengomel dan ada antaranya tidak pasti apa yang mahu di “order” mungkin kerana malu untuk bertanya dengan barista.
Tidak kiralah anda adalah pelanggan yang baru pertama kali masuk ke Starbucks ataupun sudah berkali-kali masuk ke “kedai kopi” ini. Namun, jika anda tidak ada ilmu barista ini anda mungkin tidak dapat menemui kopi yang betul-betul kena dengan citarasa anda.
Barista starbucks mempunyai satu konsep dimana mereka menganggap semua yang masuk ke kedai mereka adalah tetamu. Jadi, tidak hairanlah walaupun anda adalah pelanggan yang pertama kali masuk ke Starbuck itu, anda masih dilayan baik seperti pelanggan lain.
Kali ini kami ingin berkongsi sedikit ilmu barista. Mula-mula tahu rasa kopi anda antara faktor utama dalam pemilihan air anda.
Asas Jenis Kopi
1. Brewed: bancuhan kopi sama ada dengan air atau susu.
2. Espresso: kopi yang dibancuh dengan jumlah air yang sedikit selalunya espresso lagi tebal daripada kopi lain.
3. Latte: bancuhan antara espresso bersama dengan susu(stim).
4. Macchiato: bancuhan espresso yang ditambah dengan susu yang sedikit—selalunya dihidangkan bersama flav lain seperti caramel.
5. Cappuccino: bancuhan kopi bersama espresso,susu panas dan buih susu(stim)— sebab tu cappuccino tak beberapa digalakkan dihidang bersama ais.
6. Americano: bancuhan air panas bersama espresso(kalau kat luar kita panggil kopi o).
7. Mocaccino atau mocha: base espresso bersama susu panas tetapi ditambah sedikit rasa koko /chocolate ( dekat mamak, kalau ada kawan kita high demand sangat, korang order neslo ais).
Ok jadi sedikit sebanyak korang dah tahu jenis, lepas ni korang taklah tercongok lama depan menu kaunter memikirkan apa jenis atau rasa.
Tapi kali ni korang akan tercongok memikir jenis atau kepekatan kopi itu sendiri. Lepas dah tahu rasa. Sekarang jenis susu yang korang pilih di starbucks(setakat ini barista starbucks yang flexible untuk memilih jenis susu).
Tapi kalau korang tak request dia akan assume susu biasa.
1. Soy milk – susu soya dan sesuai untuk golongan vege atau alahan kepada susu biasa
2. Non-fat – sesuai untuk orang berdiet, kekadang kita nak skim milk dia akan offer kita non fat.
Kepekatan Caffeine
Ada setengah orang yang cepat pening bila minum kopi, maksudnya korang alah kepada caffeine. Jadi jangan risau dimana mereka ada sukatannya mereka sendiri :
Half caf: half caffeinated atau half de caffeinated. Bila anda sebut haf-caf autamatik barista tahu anda sensitive caffeine.
Decaf: tiada caffeine ada amount dia sangat sedikit
Shot: Kekadang korang dengar dia cakap extra shot, shot… kat kitchen dorang. Lepas tu memandai cakap nak extra shot. Sure makes sure korang tahu karang main petik je, malam karang tak tidur sebab terlebih caffeine :
Shot merujuk kepada sukatan espresso. Apabila order minuman espresso seperti latte, mocha atau macchiato kita akan request extra shot. Kalau saiz:
Tall: sudah ada 1 shot
Grande: sudah ada 2 shot
Venti: sudah ada 3 shot
Contoh: anda order grande iced mocha drink, anda cakap nak extra shot, maksudnya anda order triple grande iced mocha.
Manakala flavor shot adalah shot atau perasa tambahan yang ditambah didalam air anda.Contoh perasa yang ada di starbuck: vanilla, caramel, cinnamon dolce, cocha, hazelnut.
Contoh : korang order caramel latte , korang nak extra caramel dia sebuat extra shot/extra flav shot caramel latte.
Minuman Ada Whip
Whip: Ini selalu merujuk kepada cream / whipped cream. Ada setengah air bila kita order dia akan tanya with whip or not ?Tapi kalau jenis berdiet atau tidak suka cream anda boleh kata skinny atau simple je jawab balik without whip. Selalunya nya kalau kita dah order non-fat milk dalam beverage kita , dia tak akan tanya.
Size
Short– 8oz : kat Malaysia tak de kot, sebab shot ni untuk budak-budak je
Tall– 12 oz : consider saiz small
Grande– 16 oz : consider saiz medium
Venti– 24 oz : consider saiz large
Cara Hidang
Frappucino: kekadang barista tanya kita nak “frap” ke? Pun sama maksudnya…frappucino tu ice blended,air yang kita order tadi dia campur ais pastu blend.
Hot: Dihidangkan secara panas,selalu orang berdiet ambil jenis ni sebab hot selalunya mengenyangkan.
Ice: dihidangkan bersama ais.
OK. Sekarang mari kita cuba untuk membuat order. “Saya nak vanilla latte with ice extra shot latte venti”.
Maksudnya saiz venti, kopi espresso bancuhan dengan susu stim dihidangkan dengan ais dengan sukatan 4 shot espresso. Simple kan? Sekarang anda sudah lulus! Bolehlah membuat pesanan di mana-mana Starbucks tanpa rasa was-was.
Jika anda merasakan artikel ini membantu anda dan kawan-kawan anda untuk membuat pesanan kopi di Starbucks sila kongsikan artikel ini sekarang!
Nina
tak pernah tahu pun.. berapa kali minum dh
Nurul Mohd
ku selalu minum ice chocolate je bila dtg starbucks