Ini Rupanya Kisah Pemandu Kereta Kancil Buruk Lusuh Viral, Pemiliknya Bukan Orang Biasa

Diimbas kembali, pernah viral sebelum ini tentang seorang lelaki yang memandu kereta kancil dalam keadaan yang terlalu uzur.

Jika dilihat pada kondisi kancil itu sebenarnya sudah ‘tidak lulus’ berada di atas jalan raya. Tetapi amat mengagumkan kenderaan itu dikatakan dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sehinggalah Pulau Pinang.

Keadaan kancil yang terlalu teruk dan ‘lusuh’ di jalanan itu masih menjadi tanda tanya pada orang ramai siapakah lelaki yang memandunya dan mengapa ia mampu bergerak sehingga ratusan kilometer di serata semenanjung Malaysia.

Anda lihat sendiri keadaan kereta kancil ‘lusuh’ ini dari jarak dekat yang dikongsikan di Facɛbook:

Menerusi laporan Sin Chew Daily, lelaki yang memandu kenderaan itu berusia 40 tahun dan pernah belajar di Singapura serta fasih berbahasa Inggeris.

Maklumat ini dikongsi oleh seorang mekanik yang menjual kereta tersebut kepada lelaki itu. Pemandu tersebut berasal dari Pulau Pinang dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Malah dia dikatakan sering juga dilihat di sekitar Raub kerana bapanya memiliki ladang getah di sana.

Bagaimanapun disebabkan mẫsalah mɛntal, dia sering dilihat memandu di sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perak.

Selain itu menurut seorang peniaga gerai makanan, penduduk sekitar bandar Raub sudah biasa melihat kereta kancil itu dipandu di sana. Dikatakan juga pemilik kenderaan itu pernah membeli makanan di kedainya dan membayar menggunakan wang tunai yang ada padanya serta dia kelihatan seperti orang normal yang lain.

Kereta unik itu pernah beberapa kali ditahan oleh pihak polḭs atas beberapa kesalẫhan jalan raya. Bagaimanapun, siasẫtan pihak polḭs mendapati pemilik kancil ini tidak mempunyai sebarang rekod jenẫyah lampau atau dẫdẫh tetapi mempunyai samẫn atas kesalahan cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesẫlahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.

Tetapi pada ketika itu, tiada sebarang tangkẫpan atau rampẫsan dilakukan terhadap lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjong Bungah, Georgetown.

Bagaimanapun selepas itu, kereta kancil yang dianggap ‘lejen’ ini akhirnya disitẫ oleh pihak berkṳasa kerana keadaan kereta itu sudah terlalu teruk dan tidak sesuai digunakan di jalan raya, selain ia turut mendatangkan bẫhẫya pada pengguna lain.

Namun, selepas beberapa tahun kemudian, lelaki yang tidak terurus itu dilihat kembali dengan kereta kancil lain yang tidak kurang daif keadaannya. Kereta keduanya itu juga menerima nasib yang sama apabila turut disita.

Tidak habis disitu, dia kembali lagi dengan kereta ketiganya juga model yang sama iaitu kancil. Kali ini keadaan kenderaannya berwarna kuning ini lebih elok.

Ekoran tindak-tanduk pelik lelaki itu, timbullah teori oleh warganɛt yang mendẫkwa lelaki itu sebenarnya membuat kerja ‘undercover’ dengan mengaitkan kejayaan pihak p0lis selepas melakukan rẫmpasan jṳtaan ringgit melibatkan sindḭket dẫdẫh. Bagaimanapun itu hanyalah andai semata-mata.

Jika dilihat pada caranya, lelaki ini bukanlah ‘orang gḭla’ seperti yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top